`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, March 10, 2013

VIDEO! LUAHAN HATI ISTERI POLIS DARI #LahadDatu SABAH!!

Sebelum ini MiM telah melaporkan Persatuan Keluarga-keluarga Polis yang membuat laporan polis terhadap tindakan pemimpin pembangkang yang di dakwa menghina pasukan keselamatan.




Seperti yang MiM janjikan, di bawah adalah video salah seorang daripada isteri seorang polis yang berasal daripada Lahad Datu.


Lihat video di bawah :


MiM pasti kita semua dapat merasakan rasa kecewa dan marah isteri polis tersebut.



Anda baca anĂ¡lisis perincian tentang isu Tian Chua, baca dibawah:

TERBARU #LahadDatu - TIAN CHUA MINTA MAAF UNILATERAL?? #PrayForSabah

Tetiba kita didendang dengan satu diversion pakatan pembangkang untuk menutup isu kaitan mereka dengan penceroboh di Sabah : BACA SINI dan BACA SINI

Tetapi MiM setuju dengan anda sekalian, ianya tidak mungkin akan dapat menutup isu negara yang lebih besar di Sabah.

Dan di dalam keresahan kita mengikuti perkembangan pencerobohan di Sabah dan mendoakan keselamatan  pihak berkuasa kita menangani pengganas-pengganas, nama Naib Presiden PKR menjadi panas.


Tetapi panas for the wrong reason! Dek tersasul atau tersilap atau apa sahaja perkataan yang sinonim dengannya, Tian Chua membangkitkan kemarahan rakyat negara ini.

Dan damage has been done. Imej beliau tercalar teruk dek isu 'konspirasi' dan negeri Sabah.

Manakala imej tersebut mungkin akan melekat sehingga ke PRU13 nanti dan bakal menyusahkan Tian Chua. Begitu juga dengan jawatankuasa pemilihan calon pakatan pembangkang sama ada mahu mengambil risiko kalah besar jika Tian Chua dipilih sebagai calon pembangkang.

Jangan kita lupa dengan undi pihak polis, tentera dan pihak berkuasa yang lain termasuk rakyat Malaysia yang patriotik dan sayangkan negara Malaysia. Kira-kiranya, rakyat itu bermaksud semua warganegara yang akan keluar mengundi di PRU13 nanti!

Walaubagaimana pun, kita letak politik ke tepi dahulu, kita cakap pasal Tian Chua.

Sebelum MiM ulas lebih lanjut, anda baca dulu penafian Tian Chua. Dan for the sake of discussion, MiM akan terangkan sama ada Tian Chua benar-benar tidak bersalah atau beliau memang kantoi in hot soup kerana keceluparan mulut beliau sendiri.
Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini menjelaskan beliau tidak bertanggungjawab ke atas artikel disiarkan oleh Suara Keadilan bertarikh 7 Mac lalu berhubung kenyataannya yang mengaitkan Umno sebagai dalang konspirasi terancang dalam insiden Lahad Datu, Sabah. 
Sebalikya beliau hanya bertanggungjawab ke atas tiga petikan yang langsung tidak mengaitkan tembakan minggu lalu sebagai konspirasi terancang Umno. 
"Saya dihubungi wartawan untuk komen tentang pencerobohan itu pada pagi 1 Mac ketika ada berita antarabangsa melaporkan ada tembakan berlaku. "... saya secara jelas menyatakan perkara itu belum ada kesahihan dan ada media 'black-out' di Malaysia," katanya pada sidang media semalam. 
Katanya lagi, disebabkan salah faham artikel yang diterbitkan lidah rasmi PKR itu, beliau menerima surat tuntutan maaf daripada Umno. Bagaimanapun Tian Chua menegaskan beliau tidak akan melayan tuntutan maaf Umno kerana beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menuduh Umno sebegitu rupa. 
"Tiada sebab saya perlu minta maaf sebab kenyataan itu diolah editor Suara Keadilan. "...cuma saya mengatakan kerajaan Umno adakan konspirasi untuk alih pandangan rakyat Sabah daripada isu pemberian kad pengenalan warga asing," tegasnya. seterusnya
Di bawah pula adalah laporan KeldaianDaily KeadilanDaily yang menimbulkan kontroversi ini. Dan di saat MiM menulis entri ini, pihak KeldaianDaily KeadilanDaily masih belum delete laporan tersebut.

Di bawah adalah 2 printscreen kenyataan Tian Chua. Anda baca betul-betul laporan yang ditulis oleh wartawan bernama Aisha Geoffrey dan terdapat 6 perenggan tentang Tian Chua didalamnya.

Tajuk laporan itu ialah Insiden tembak di Lahad Datu konspirasi terancang Umno - Tian.

Tajuknya sahaja sudah pasti menimbulkan marah rakyat terutamanya keluarga arwah pejuang negara yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan negara di Sabah!



Anda baca laporan KeldaianDaily KeadilanDaily ini :
KUALA LUMPUR 1 MAC: Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. 
Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.
Anda baca juga yang ini :
Mengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. seterusnya
Jika merujuk kepada laporan KeldaianDaily KeadilanDaily di atas, apakah Tian Chua tidak bersalah dan kemarahan rakyat terhadap beliau tidak legitimate ?

Tidak mungkin dan tidak masuk akal jika wira negara kita yang terkorban di Sabah hanya 'sandiwara kerajaan' atau 'konspirasi terancang Umno' seperti yang dilaporkan olehKeldaianDaily Keadilandaily.



Kita rujuk pula kenyataan terbaru Tian Chua :
Pada tanggal 4 Mac, Parti Umno telah hantar surat tuntutan kepada saya bahawa saya harus memohon maaf kepada Umno. Di sini saya tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan yang menghina mana-mana pihak.
Persoalannya, bukankah mengaitkan UMNO yang kononnya terlibat dalam 'konspirasi' dan 'sandiwara politik' bermaksud sengaja menghina parti Umno?

Jawapannya sangat jelas dan Tian Chua tidak boleh menafikannya.

Kita baca pula kenyataan Tian Chua di bawah:
Saya dihubungi wartawan untuk komen tentang pecerobohan di Lahad Datu pada pagi 1 Mac ketika ada berita antarabangsa melaporkan ada tembakan berlaku. Saya secara jelas menyatakan perkara ini belum ada kesahihan dan ada media black-out di Malaysia. 
Perenggan yang kemudian, sesiapa pembaca celik sudah tentu faham ia dinyatakan dalam konteks ada usaha setengah-tengah pemimpin BN dan blogger cuba kaitkan pihak pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu. Ia mesti dibaca bersama banyak artikel-artikel sebelum ini yang mendakwa saya dikirim oleh DS Anwar ke Manila untuk berunding dengan MNLF.
Sebenarnya, sesetengah-sesetengah pemimpin BN dan blogger memang pembaca celik! Bukan sahaja pembaca celik tetapi mereka juga tidak membuat fitnah kerana sumber polemik Tian Chua itu merujuk bulat-bulat daripada lidah rasmi PKR itu sendiri iaituKeldaianDaily KeadilanDaily.

Manakala sumber asal kaitan di antara pakatan pembangkang dan penceroboh itu pula adalah daripada media Filipina yang merujuk kepada keterangan pegawai perisikan negara itu. Tidak ada campurtangan daripada UMNO atau pun kerajaan BN di dalam laporan tersebut.

Yang tidak celiknya di sini ialah Tian Chua kerana tidak berkeras mengkritik lidah rasmi PKR dek laporan mereka atau pun sekurang-kurangnya menyaman lidah rasmi PKR itu.

Di saat MiM menulis entri ini, pihak KeldaianDaily KeadilanDaily masih tidak berbuat apa-apa dengan laporan tersebut sama ada memperbetulkan laporan atau pun delete laporan tersebut.

Apakah maksudnya itu? Apakah KeldaianDaily KeadilanDaily yang betul dan Tian Chua yang berbohong menipu rakyat Malaysia?

Dan selagi lidah rasmi PKR itu tidak melakukan sesuatu, selagi itu juga kenyataan dalam laporannya yang betul.

Tetapi dalam masa yang sama, jika lidah rasmi PKR itu delete laporan itu, ianya tidak cukup.KeldaianDaily KeadilanDaily mesti meminta maaf secara terbuka. Beranikah?

Dan oleh kerana perkataan 'unilateral' menjadi popular dek pencerobohan di Sabah, apakah Tian Chua akan mencadangkan 'minta maaf unilateral' iaitu KeldaianDaily KeadilanDaily meminta maaf tetapi beliau tidak perlu?

Tidak kisahlah apa perkataan yang mahu digunakan, yang bersalah wajib minta maaf!

Kita tunggu dan lihat.

- DrMiM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.