Empat video klips yang akan dilancar pada pagi ini termasuk isu hangat seperti isu rasuah, pelan transformasi, hak rakyat dan isu penyalahgunaan kuasa. Walaupun video-video tersebut mungkin dilabel sebagai video yang “pro-pembangkang”, tetapi pada hakikatnya video tersebut juga menggambarkan realiti hidup yang dihadapi oleh semua rakyat.
5 tahun yang lalu, Rakyat Malaysia telah mencipta tsunami politik serta mengubah lanskap politik negara kita. Dengan kebangkitan rakyat dan kuasa yang ada pada perpaduan rakyat, masa depan negara kita lebih cerah lagi.
Pada 28 March 2008, Youth For Change telah melancarkan 4 buah video klips yang bertujuan untuk menarik perhatian orang muda untuk mengambil berat tentang perkembangan politik negara. Respon terhadap video tersebut amat memberangsangkan serta mendapat sambutan yang hebat di laman internet.
Selepas 5 tahun, hari ini, walaupun Parlimen belum dibuarkan, Youth For Change telah meneruskan semangat perubahan yang telah dibawa selama ini dalam proses persediaan rakyat dalam Pilihanraya ke-13.

Hari ini, kami ingin melancarkan video-video yang penuh dengan ejekan, kiritkan serta sendaan terhadap hipokrisi ahli politik. Semua contoh kehidupan seharian juga dimasukkan dalam video yang telah dibuat oleh Youth For Change.
Empat video klips yang akan dilancar pada pagi ini termasuk isu hangat seperti isu rasuah, pelan transformasi, hak rakyat dan isu penyalahgunaan kuasa. Walaupun video-video tersebut mungkin dilabel sebagai video yang “pro-pembangkang”, tetapi pada hakikatnya video tersebut juga menggambarkan realiti hidup yang dihadapi oleh semua rakyat.
Dengan ini, Youth for Change ingin merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada pasukan production termasuk penaja serta pelakon yang sudi untuk menyumbang. Tanpa sokongan padu daripada mereka, Siri YB Ke-2 tidak mungkin dapat dikeluarkan.
Oleh itu, keempat-empat video tersebut akan dimuat naik secara bergiliran. Semua dijemput untuk menonton video klips tersebut melalui laman web Youtube dan juga laman Facebook Youth For Change :http://www.facebook.com/y4cMalaysia. Harap video ini dapat dikongsi kepada rakan-rakan untuk memastikan mesej disebarkan kepada semua rakyat.
Episode pertama “Kontrak Tupai” telah dimuat naik ke Youtube http://www.youtube.com/watch?v=c3TKUHC5Eew
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.