`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, June 21, 2013

SABAH PERLU KELUARKAN IC SENDIRI



Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
RAKYAT Sabah seharusnya diberikan kelebihan untuk mengeluarkan kad pengenalan (IC) mereka sendiri bagi mengekang pemberian kewarganegaraan kepada rakyat asing di negeri berkenaan, cadangan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee kepada Inkuiri Diraja Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing (RCI) di Sabah.

Yong menjelaskan, kerajaan Persekutuan dilihat tidak serius dalam menangani gejala pemberian kad pengenalan kepada warga asing dari Filipina dan Indonesia, dan Sabah jelasnya harus memikirkan inisiatif sendiri bagi menyelesaikan perkara itu.
"Jika kerajaan tak nak selesaikan perkara ini, kita perlu selesaikan sendiri dengan mekanisme kita sendiri, keluarkan IC Sabah," katanya kepada RCI hari ini di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Beliau menjelaskan, idea pengeluaran IC Sabah diutarakan selepas hilang harapan terhadap kerajaan persekutuan dalam isu berkenaan.

"Idea ini timbul sebelum pembentukan RCI ini lagi," katanya.

Gejala pemberian kad pengenalan palsu itu jelas Yong kini telah berada kritikal dan perlu diselesaikan segara sebelum menjadi semakin parah.

"Kalau mereka betul-betul nak selesaikan, ia boleh diselesaikan, sekarang ini sudah berada di tahap ICU," katanya.

Mekanisme yang dicadangkannya adalah mereka yang lahir di Sabah selepas penggabungan Sabah ke dalam Malaysia -ketika itu Malaya- pada 31 Ogos 1963 sahaja layak memohon kad pengenalan Sabah, namun mereka yang merupakan rakyat Malaysia di Sarawak atau Semenanjung yang telah mendiami Sabah untuk jangka masa lama boleh memohon kad pengenalan.

"Sabah boleh gunakan kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN), dan luluskan Ordinan Sabah bagi tujuan itu."

"Kerajaan Malaysia yang ada kuasa keluarkan IC kepada rakyat asing, ia perkara Persekutuan, tapi kad pengenalan Sabah bukan kuasa Persekutuan," katanya lagi, dan menegaskan dokumen berkenaan bukan untuk warganegara asing, tetapi hanya penduduk Sabah tulen.

Dokumen kad pengenalan Sabah itu jelas Yong bukanlah dokumen pengenalan diri yang baru, sebaliknya ia untuk digunakan di Sabah bagi tujuan urusan imigresen, tanah, jawatan dalam kerajaan, lesen, dan lain-lain tujuan urusan kerajaan.

"Saya yakin ia akan diterima hari ini," katanya lagi, dan menambah,"Mykad saya tiada makna kerana orang asing pun boleh dapat kad pengenalan sama," tegasnya lagi sambil mengangkat kad pengenalannya.

"Mereka rakyat Malaysia tapi bukan Sabahan," tegasnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.