`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, December 1, 2013

Orang Melayu dan DAP


Kita orang Melayu jangan dibodohkan oleh UMNO. Takkanlah kita nak tuntut DAP berjuang untuk orang Melayu. DAP nak berjuang untuk orang Cina sahajapun sukar hari ini. Kenapa UMNO hendak bising sedangkan mereka sendiri bercakap siang malam 24 jam mengenai perjuangan bangsa Melayu sendiri? Jika kita orang Melayu berbuat demikian, mengapa kita hendak bising jika bangsa lain melakukan demikian juga. Kalau kita jawab sebab kita ada kedudukan istimewa dan sebagainya, itu bukan alasan untuk menyekat orang lain melakukan nya untuk bangsa mereka.

kita tidak boleh menyekat DAP atau mana2 parti politik Cina bercakap mengenai kepentingan mereka. MCA pun parti Cina dan tidak pernah berhenti bercakap mengenai kepentingan Cina. Ada kita tengok Melayu atau India dalam MCA? Tidak ada tapi kita tak pernah dengar UMNO kata MCA cauvinis cina sedangkan kita tahu MCA lagi halus mainan nya memunahkan Melayu. Kalau saya orang Melayu, saya lebih senang berdepan dengan lawan yang terang2 becakap mengenai agenda mereka dari mereka yang lihai dan diam2. 

Jadi jangan kita expect bukan2 dari DAP. Sebagai sebuah parti yang mendapat sokongan majority nya dari bangsa Cina, tidak bercakap mengenai perkara2 yang mengaitkan kaum Cina merupakan political suicide. Bolehkah kita menyekat UMNO dari tidak bercakap mengenai kepentingan Melayu?

Saya sudah bercakap mengenai perkara ini. Untuk memisahkan diri kita dari ke’bangsaan’nya kita adalah suatu yang mustahil. Tapi mengekalkan kebangsaannya kita satu hal, bersikap dan bertindak rasis satu hal yang lain. Kita semua setia kepada kebangsaan nya kita, tapi sikap rasis mengandungi niat jahat dan kebencian yang tidak rasional. Niat jahat dan kebencian yang datang dari semata mata hanya kita berbeza.

DAP tahu ia kena evolve dan adapt. Species yang tidak evolve dan adapt akan ditelan zaman. Sebab reality nya ialah majority penduduk negara ini ialah Melayu. Mana2 parti pun mesti memfaktorkan reality ini dalam politik mereka. Dan oleh kerana DAP tidak mahu diidentifikasi sebagai parti satu kaum sahaja dan tidak mahu menjadi hanya pembangkang sampai akhir zaman, DAP mesti evolve. Dan evolution nya melibatkan memfaktorkan kepentingan Melayu. Tapi pemfaktoran ini tidak mengambil bentuk seperti yang dilakukan oleh UMNO. The UMNO way bukan lah satu satu nya cara menyelesaikan masaalah Melayu. Orang Melayu sendiri pun tidak yakin UMNO terdaya menyelesaikan masaalah bangsa Melayu. Kalau orang Melayu tidak percaya pada UMNO- adakah mereka kurang Melayu?

DAP sentiasa dituduh sebagai parti cauvinis cina, anti Melayu dan anti Islam. Mengenai mempunyai ketrampilan cina, kita tidak dapat nafikan sebab majority pemimpin dan ahli nya adalah bangsa cina. Amat bodohlah orang Melayu terutama UMNO mengharapkan parti DAP memperjuangkan kepentingan orang Melayu.Bahkan janggal jika DAP pula yang kehadapan memperjuangkan kepentingan Melayu. 

Dimasa hadapan orang tidak berjuang lagi mengikut kaum- hanya ada 2 jenis kaum, kaum penindas dan kaum yang ditindas. Hari ini UMNO yang menindas bangsa sendiri maka ia akan ditentang. Bukan sahaja orang Cina yang menentang, orang Melayu pun akan tentang. Suatu golongan Melayu menentang suatu golongan penindas Melayu bukanlah sesuatu yang janggal dalam sejarah orang Melayu.

Bagaimana DAP evolve? Ia melakukan demikian dengan melihat massalah bukan dari sudut pertembungan kaum. UMNO tidak mahu evolve- ia terus melihat sesuatu masaalah dari sudut pertembungan kaum. Sebab itu UMNO terus menyebut sesuatu masaalah sebagai pertembungan antara Melayu dengan bukan Melayu- Melayu dengan Cina terutamanya.

Disini letakya mengapa orang Melayu tidak perlu takut kepada DAP. Malah politik DAP lebih pratikal untuk orang Melayu dan boleh membebaskan mereka dari terperangkap dengan cara penyelesaian UMNO. Cara penyelesaian UMNO akan membawa perpecahan bangsa Malaysia.

Apa yang DAP lakukan ialah berjuang untuk semua orang yang terniaya dan disusahkan. Jika majority orang yang terniaya dan susah ialah Melayu, maka kepentingan orang susah yang kebetulan nya orang Melayu akan diperjuangkan. Masalah dihadapi olehbangsa Malaysia dan dalam bangsa Maalysia itu, yang teramai susah dan terpinggir ialah kaum Bumiputera.

Selebih dari itu, saya rasa adalah tidak munasabah mendesak DAP mendahului orang lain berjuang untuk kepentingan orang Melayu. Melayu yang ada dalam DAP lah yang mesti berbuat demikian. Saya ahli parlimen Melayu dalam DAP tidak pernah disekat untuk bercakap mengenai kepentingan Melayu- malah saya expect boleh berbuat demikian. Hujjah saya ialah jika rakan2 DAP saya lain bebas bercakap mengenai kepentingan Cina dan India, saya expect to be given the same space. Tapi kita tidak melihat nya dari aspek pertalian sesuatu masaalah tersebut dengan kaum- kita melihat nya dari sudut nature masaalah tersebut.

Ambil contoh menyelesaikan ketidak adilan ekonomi. UMNO akan melihat nya dari sudut angkara yang diperlakukan oleh bangsa lain kepada bangsa Melayu. DAP akan melihat nya sebagai angkara agenda ekonomi yang dirancang oleh 20% teratas( semua bangsa) keatas 40% terbawah( semua bangsa). Nature problem nya ialah peraturan ekonomi yang mengukuhkan penindasan 20% tertas keatas 40% terbawah.

DAP tidak percaya penyelesaian cara UMNO dapat meleraikan masaalah orang Melayu. Kita mesti jelas mengenai ini- tidak bersetuju dengan cara solution UMNO tidak bererti kita anti Melayu. Kita tidak yakin dan bersetuju dengan cara UMNO sahaja. Sebagai contoh solution to the Malay economic problem UMNO style yang kita sebut diatas.

Kita orang Melayu mesti berani melihat sesuatu masaalah bukan dari sudut perkauman. Orang Melayu tidak ada asas untuk takut kepada politik DAP.

Posted by sakmongkol AK47 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.