`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Tuesday, November 5, 2013

Pistol ditemui di Stadium Shah Alam

SHAH ALAM – Polis menemui sepucuk pistol bersama tujuh butir peluru hidup di salah satu tandas di Stadium Shah Alam ketika perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Pahang dan Kelantan berlangsung semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superitendan Ruslan Abdullah berkata, ketika dihubungi hari ini berkata pihaknya masih berusaha mengesan pemilik pistol berkenaan dan motif senjata itu dibawa ke stadium itu.
“Buat masa ini kita tidak boleh memberi sebarang ulasan berhubung perkara itu kerana ia masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.
Difahamkan pistol itu ditemui oleh seorang anggota polis yang kebetulan masuk menggunakan tandas itu.
Ruslan berkata ,polis juga menahan 86 individu semalam atas kesalahan membawa tiket palsu namun kesemua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
“Polis turut menahan lima lagi individu atas pelbagai kesalahan seperti menyalakan suar, membakar mercun dan membaling botol.
“Tindakan seperti itu bukan saja membahayakan diri sendiri, malah membahayakan nyawa penonton lain, termasuk kanak-kanak yang ada dalam stadium,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.