`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, November 26, 2013

Tak perlu restoran 24 jam, kata Ibrahim Ali

Kedai mamak turut menjadi tempat penjenayah kecil berkumpul.
PETALING JAYA: Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali membantah restoran seperti kedai mamak beroperasi 24 jam sehari kerana ianya menggalakkan remaja melepak sehingga awal pagi.
Di samping mendakwa kedai mamak yang beroperasi 24 jam semakin bertambah dalam negara, Ibrahim mendakwa bahawa kedai mamak turut menjadi tempat penjenayah kecil berkumpul.
“Ia jadi tempat lepak budak-budak muda Melayu sampai pagi dan turut menjadi tempat lepak penjenayah kecil,” kata Ibrahim melalui satu sistem pesanan ringkas (SMS) kepada FMT.
Jelasnya lagi, di samping menjejaskan kesihatan, restoran yang beroperasi 24 jam turut mengancam keselamatan rakyat.
Justeru itu, beliau yang juga bekas ahli parlimen Pasir Mas menegaskan restoran patut dihadkan operasinya hingga jam 12 malam sahaja.
“Di negara-negara maju pun tak buka kedai (makan) 24 jam. Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina pun tak buka kedai 24 jam.
“(Bahkan) negara Barat dan maju pun tak ada kedai makan 24 jam dan pusat hiburan yang beroperasi sampai jam 3 pagi,” tegasnya.
Tambahnya lagi, restoran serta pusat hiburan yang beroperasi seperti ini menjadi punca keruntuhan akhlak dan jenayah dalam negara.
“Sama-sama kita bangkit menentang gejala buruk ini,” kata beliau mengakhiri SMSnya.
tags: bahasa, perkasa, ibrahim ali, restoran mamak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.