`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 27, 2013

TETIBA ADA PULAK CERITA HANTU MACAM INI DI UiTM

Aduhai....Hari demi hari, takde ke cerita yang sedap telinga mendengor tentang UiTM ni. Memang menyedihkan. Cer kita tengok list-nya:
  1. Baru-baru ini riuh bab UiTM dapat Ibrahim Ali jadi Ahli Lembaga Pengarah, yang kemudiannya didengar telah dipenjara 1 hari dan denda RM20,000 kerana menghina mahkamah (baca di sini).
  2. Sebelum itu kita dengor cerita pensyarah yang terpaksa pindah ke sana sini, berpisah dengan suami/isteri kerana diarah mengajar di kampus cawangan (baca di sini) dan (di sini).
  3. Kita dengor UiTM akan mengambil pelajar rendah dalam syarat kemasukan (baca di sini).
  4. Kita juga dengor ranking UiTM yang tercorot pada 701++ tapi VC tak kisahpun (baca di sini).
  5. Kita dengor juga UiTM bakal menjadi IPTA paling banyak hutang (baca di sini) dan (di sini).
  6. Kita dengor kampus cawangan dibina dengan sistem PFI janji muat 5,000 pelajar, tapi muat 3,000 sahaja (baca di sini).
  7. Perebutan jawatan Naib Canselor sampai ada yang melobi (baca di sini).
  8. Graduan UiTM sukar dapat kerja, tapi pensyarah pula yang salah (baca di sini).
Kini kita dengor kelohan siswa UiTM yang diugut jika enggan pergi mengundi...

Bacalah kelohan siswa lesu ini:

BACA DAKWAAN SISWA DI SEBELAH KANAN

Yong besarkan sikit supaya komer dapat baca kandungan surat ugutan yang didakwa ditulis oleh Gerakan Aman UiTM (sumber facebook)

INI SURAT UGUTAN TERSEBUT

Kenapa nak pilih pemimpin pelajar pun perlu ada ugutan? Tak cukupkah kekangan yang ada sekarang? Kita mahu pelajar kita jadi apa?

Cukup-cukuplah tu...

Peraturan itu penting. Tapi jangan sampai peraturan itu mencekik daya saing dan kreativiti semulajadi anak muda.

UiTM perlu kepimpinan baru yang mesra pelajar secara pendidikan yang holistik. Bukan paksaan atau memberi manja sampai skrol ijazah/diploma jadi tiada bermakna. Kita mahu graduan UiTM yang berdikari, bersaing, berintegriti dan cekap.

Kami hantar anak-anak kami ke UiTM bukan untuk dijadikan robot, tapi untuk menjadi sebahagian penting daripada modal intellectual negara!

Seorang warga senior UiTM pernah bercakap:

"Agaknya diorang ni selalu sangat buang hantu kat tanki air UiTM ni, sebab tu pemimpin atasan dah jadi bangang."
Huh??????

Bersambung.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.