`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, December 1, 2013

USTAZ KAZIM DIPECAT KERANA ANWAR IBRAHIM

Awalnya Yong tak mau nak sambung kisah Ustaz Kazim yang dilantik jadi MT UMNO ni. Gasak dia le nak jadi apa pun. Yong pun bukan peminat dia, walaupun Yong orang Perak.

Tapi Yong nak cerita sikit tentang perangai orang Melayu dan UMNO ni. Mula-mula kita maklum, mengikut orang UMNO, apa-apa saja yang berlaku di Malaysia ini kalau tiada penglibatan Anwar Ibrahim memang tidak sah.

Ustaz Kazim yang ramai ahli PAS, UMNO dan PKR suka sangat tu rupanya sudah lama tidak jadi ahli PAS. Kenapa dia bukan ahli PAS? Ini sebabnya:


Haaa....puas hati? Ustaz Kazim sebenarnya dah dipecat dari PAS kerana Anwar Ibrahim. Itule kata macai. Dah lama dah, sejak tahun 2011 lagi....

Orang-orang yang mencanang Ustaz Kazim ahli PAS ini sedor ke tak sedor?

Ada juga khabar yang kata Ustaz kazim telah dipecat dari PAS pada bulan Jun 2013 (bukan 2011) kerana kesalahan berkaitan dengan PRU13. Tetapi Abang Ustaz Kazim pulak kata lain. Baca kenyataan abang dia:
USTAZ MINTA JAWATAN SINAR HARIAN

Rupanya dia sudah lama keluar dari parti PAS, bukan kena pecat kerana mengkritik Anwar Ibrahim, seperi kata macai-macai UMNO. 

Walaupun dia kata dia bukan ahli UMNO, dalam video, tapi hakikatnya orang PAS dah kena tipu kerana ingat Ustaz Kazim ahli PAS! Hahaha...

Malam tadi pula, dia kata dia masih ahli PAS! Dia belum terima dan belum tolak tawaran jadi ahli MT UMNO. Baca di Sinar Harian.

Haduuui! Mamat ini memang mengelirukan.

Ini sebenarnya satu masalah besar kepada orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia.

Oleh kerana usaha dakwah Kerajaan tak menarik kepada golongan Islam, sehingga khutbah Jumaat pun cerita tentang bagusnya GST, maka tidak hairan jika ustaz-ustaz kapitalis ini membiak...

Yong sokong usaha pendakwah-pendakwah bebas untuk berdakwah dan mentarbiyah (eh betulke?) supaya kita umat Islam sentiasa berada di jalan yang lurus dan berpegang kepada tali Allah. Tetapi apabila tanggungjawab mulia ini sudah diselit dengan RM, maka peranan itu sudah menjadi cair. Kemudian apabila ustaz-ustaz menjadi agen kepada pihak yang ingin meneruskan hegemony politiknya memperbodohkan orang Melayu dan jelas menolak hukum hudud, kita bertanya, kemana ustaz-ustaz ini nak bawa kita semua?

Jangan salah faham.

Yong bukan bercakap tentang Ustaz Kazim sahaja, tetapi ini termasuk juga yang datang dari negara jiran (Yong dah cerita di sini) yang beroperasi di Lembah Kelang.

Bagi ahli PAS, tak payah kita pening kepala atau susah hati bab Ustaz Kazim nak jadi ahli MT UMNO. 

Kata orang putih: "Don't lose your sleep over it."

Semua ini salah Anwar Ibrahim???

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.