`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 13, 2013

Angka 5 Dalam Islam | PERKARA YANG RAMAI UMAT ISLAM TIDAK PERASAN



5 waktu solat fardhu WAJIB didirikan. 5 Rukun ISLAM.

5 Hukum syariah Islamiah:
Wajib
Haram
Sunat
Makruh
Mubah (harus).
Ingat 5 PERKARA sebelum 5 perkara:
Masa sihat sblm sakit;
Masa kaya sblm miskin;
Masa lapang sblm sibuk;
Masa muda sblm tua;
Masa hidup sblm mati.
5 peperangan besar dalam ISLAM;
√ Perang Badar
√ Perang Uhud
√ Perang Khandak
√ Perang Muktah
√ Perang Hunain
5 orang Rasul bergelar ULUL AZMI:
✔ Nabi Nuh a.s
✔ Nabi Ibrahim a.s
✔ Nabi Musa a.s
✔ Nabi Isa a.s
✔ Nabi Muhammad SAW
5 Perkara yang WAJIB disegerakan:
1) Wajib segerakan memberi makan apabila tetamu datang ke rumah.
2) Wajib segerakan urusan ke atas jenazah.
3) Wajib segerakan anak gadis nikah jika baligh.
4) Wajib segerakan bayar hutang jika telah mampu.
5) Wajib segerakan TAUBAT atas pelbagai dosa lepas.
5 Dosa Besar yang Utama:
 Syirik kepada Allah,
 Derhaka pada  ibubapa
 Tinggal Solat Fardhu
 Makan Harta Anak Yatim
 Bunuh jiwa yang Islam
& terdapat 70 dosa besar lain yang juga Wajib ditinggalkan.
5 perkara yang dicintai & 5 perkara yang dilupakan: di Akhir Zaman..
Mencintai Dunia & Melupakan Akhirat.
Mencintai Hidup & Melupakan Mati.
Mencintai harta benda & Melupakan Hisab.
Mencintai beli belah & Melupakan Kubur.
Mencintai Makhluk & Melupakan Khalik yakni Allah s.w.t
Perpanjangkan perkongsian ini kepada sesiapa shja

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.