KOTA KINABALU : Seorang jururawat berusia 29 tahun telah dikenakan hukuman denda mengikut adat kaum Penampang di atas kesalahan mendirikan rumah tangga kedua walaupun masih lagi sah bergelar isteri orang pada ketika itu.
Suami keduanya yang tidak didedahkan usia dan identitinya itu juga didakwa atas kesalahan berkahwin dengan isteri orang dan kes mereka telah disebut di Mahkamah Adat Penampang.
Menurut sumber The Star, kedua-dua mereka telah diarahkan membayar denda sebanyak RM10,500 di atas pelbagai kesalahan di bawah adat kaum Penampang yang diketuai oleh panel hakim, Ketua Anak Negeri Penampang, Marcus Jonioh.
Yang menariknya, segala denda yang dikenakan ke atas pasangan itu ialah mereka harus membayarnya dalam bentuk binatang ternakan.
Di atas kesalahannya berkahwin dua, wanita itu telah diperintah membayar RM1,500 (bersamaan dengan seekor lembu) dan RM3,000 (dua ekor lembu) kerana kesalahan melakukan hubungan seks di atas perkahwinan yang tidak sah.
Suami keduanya juga didenda membayar RM4,500 (tiga ekor lembu) atas kesalahan mengahwini isteri orang selain RM1,500 untuk bayaran kos kes tersebut.
Jonioh turut memerintahkan pasangan itu supaya tidak meneruskan ikatan perkahwinan itu atau mereka boleh dikenakan denda tambahan sekiranya enggan mengikuti perintah mahkamah.
Pihak mahkamah memberikan tempoh sebulan untuk mereka melangsaikan denda RM10,500 atau mereka berdepan dengan hukuman penjara.
Kes itu dibawa ke mahkamah selepas suami pertama wanita itu membuat aduan mengenai isterinya yang telah berkahwin lain pada Julai lalu.
Untuk rekod, wanita itu dan suami pertamanya bernikah pada 2010 dan hasil perkahwinan itu mereka tidak dikurniakan cahaya mata manakala menerusi perkahwinan kedua, wanita itu telah dikurniakan seorang anak. – MyNewsHub

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.