`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, December 25, 2013

Balak ditebang, duitnya dibawa membeli belah dan ketempat judi di London, rakyat mandi lumpur


Saya mengucapkan kepada semua khususnya kepada yang rakan-rakan yang beragama Christian Merry Christmas dan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua. Bulan Disember ini merupakan bulan yang paling sibuk bagi hampir semua orang untuk persediaan menyambut tahun baru itu. Ibu bapa sibuk dengan persediaan persekolahan anak-anak.

Kali ini ibu bapa terpaksa berusaha keras untuk mendapatkan harga yang paling murah dalam membeli kelengkapan persekolahan anak-anak kerana setidak-tidaknya pendapatan mereka berkurangan sebanyak RM100 kerana hujung tahun ini tidak ada bantuan untuk anak-anak sekolah dari kerajaan. Sememangnya memang dijangka tidak akan ada bantuan RM100 itu kerana pilihanraya sudah selesai dan yang menyandang masih mendapat mandat. Tidak perlu lagi membeli jiwa dari rakyat.

Jika pilihanraya masih belum diadakan mungkin lebih banyak bantuan akan diterima oleh ibu bapa seperti tahun-tahun yang lepas. Malahan selepas pilihanraya ini, seperti selepas pilihanraya-pilihanraya yang lalu, cukai akan dinaikkan dan segala subsidi yang sudah tersedia diterima selama ini akan dikurangkan. Pendeknya subsidi dikurangkan, cukai ditambah.

Bagi yang sudah menjadi kaya raya seperti ahli-ahli politik yang memberikan bantuan RM100 kepada ibu bapa yang miskin itu, sekarang berada di merata-rata bandar tersohor di seluruh dunia. Didapati beberapa orang Menteri yang pernah menaiki hanya motorsikal dahulu sekarang sudah berkemampuan untuk membeli belah hujung tahun di Harrods dan Bond Street di Kota Raya London dan ada yang sudah mampu untuk berehat di Austrian Alps di Austria.

Kalau kita berjalan-jalan di kawasan Mayfair di London kita akan terserempak dengan pemimpin-pemimpin besar negara kita berkeliaran di sekitar kediaman mereka dikawasan termahal di dunia itu, dalam bulan ini dan awal bulan depan.

Ini lah kebaikan rakyat Malaysia yang telah memberikan mereka (pemimpin) menjual harta benda mereka (rakyat) untuk membolehkan pemimpin mereka membeli belah di gedung-gedung termahal di dunia. Rakyat Malaysia menghantar pemimpin mereka sebagai sebagai duta-duta mereka di gedung-gedung termahal ini.

Mereka adalah rakyat yang taat setia dan sanggup menghadapi dan mengharungi banjir besar seperti banjir di zaman Nabi Noh dahulu baru-baru ini. Banjir yang melanggar kawasan-kawasan bandar kerana hasil dari penebangan balak-balak besar untuk pemimpin dan ketua-ketua mereka untuk berjoli di gedung-gedung besar dan tempat perjudian diseluruh dunia.

Dalam masa keadaan rakyat mengharungi bah dan banjir ini, mereka yang menyebabkan limpahan air yang besar itu akan datang melawat dan memberi bantuan lima kilo beras dan beberapa tin sardin dan biskut untuk menunjukkan terima kasih mereka kerana membenarkan mereka membotakkan hutan untuk mereka berjoli dengan keluarga di hujung setiap tahun seperti sekarang ini.

Di Pahang, negeri yang paling aktif pembalakan, menghadapi banjir yang tidak boleh dikawal kerana limpahan air dari tempat-tempat tadahan air yang sudah dibotakkan oleh pemimpin-pemimpin dan mereka yang berkuasa di negeri itu. Mereka yang membotakkan hutan-hutan yang menyebabkan kebanjiran ini selalunya akan berada di London di gedung-gedung membeli belah dan di kasino-kasino terbesar di Kota Raya London itu.

Yang empunya negeri dan balak-balak tersebut sekarang dalam keadaan paling susah kerana banjir yang terhasil dari penebangan balak-balak mereka oleh orang atasan yang mempunyai ‘immunity’ dari segala tindakan undng-undang, dan menggunakan wang itu untuk ke London, Switzerland dan negeri-negeri maju yang lain di dunia ini.

Nampaknya slogan ‘rakyat di dahulukan’ itu benar-benar berjaya. Yang menderita paling awal adalah rakyat, dan yang paling dahulu menerima bencana dari kerakusan pimpinan itu adalah rakyat dan yang paling dahulu menerima tuntutan dari PTPTN adalah anak-anak kepada rakyat yang kehilangan balak-balaknya ketangan pemimpin-pemimpin mereka di Pahang, Terengganu dan Johor itu.

Pemimpin kita sedang bermaharajalela di kota-kotaraya termasyur didunia sedangkan rakyat bermatian di tanah air untuk menyambung hidup di hujung tahun ini dalam serangan bah dan banjir yang menjahanamkan harta benda mereka semua. Ramai yang berkata yang mereka tidak ada apa yang baru, yang mereka akan lihat dalam tahun baru yang akan mendatang hanya seminggu sahaja lagi itu.

Keadaan akan seperti biasa sahaja. Yang rakus akan terus bermaharajalela, yang berjuang tetap dengan perjuangan mereka yang tiada penghujungnya dan yang miskin tetap miskin dan terus diperguna oleh pemimpin kedua-dua belah pihak untuk kepentingan peribadi mereka.

Orang politik akan terus menggunakan apa sahaja untuk modal politik mereka kerana kemajuan peribadi dalam politik mereka itu adalah ‘ultimate’ bagi perjuangan mereka. Parti-parti mereka pimpin itu adalah modal perniagaan mereka sahaja.

Sesungguhnya negara kita sedang hanyut kerana dipimpin oleh pemimpin yang bermentaliti ‘orang darat dan orang bukit’ dari kedua-dua belah pihak yang berbalah semata-mata untuk kuasa itu. Ada ‘orang bukit’ apabila merasa naik jet-jet peribadi, mereka tidak dapat lagi menahan nafsunya untuk menjelajah dunia dalam jet-jet eksekutif dan semuanya dibayar oleh rakyat.

Itu sebab pemimpin-pemimpin ini apabila ‘terjumpa beras mereka akan bertanak tidak henti-henti’. Belum sampai ke kerak, bertanak lagi sampai habis beras untuk rakyat. Kita sebenar-benarnya ditadbir oleh orang bermentaliti ‘orang bukit’.

Yang hendak menggantinya pula adalah pemimpin yang bermentaliti seperti ‘orang ulu’ yang bakal menyumbang masalah yang sama besar jika tidak lebih besar lagi jika mendapat kuasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.