`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, December 11, 2013

Mangsa Banjir Ada Hutang Bank? - Mari Baca Ini.

Usaha macam neh la yang sepatutnya kerajaan kita buat. Maksud aku kalau kita mampu usahakan sesuatu yang lebih baik dari bagi rm500 aje kenapa kita tak buat? Bukan memperkecilkan bantuan rm500 kepada semua mangsa banjir tetapi kalau kita mampu bantu lebih dari itu, kenaoa kita tak buat? Betul tak?

Apa pun kepada mangsa2 banjir yang ada loan dengan bank ;

1. Rumah
2. Kereta
3. Perniagaan
4. Peribadi

Apa saja pinjaman dengan mana2 bank sila baca kat bawah neh dulu ;


Anggota Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) yang beroperasi di pantai timur, Johor dan Melaka akan proaktif membantu pelanggan, individu atau perniagaan yang terjejas banjir.

Menurut kenyataan ABM di sini hari ini, bantuan yang disediakan bank tidak terhad kepada menangguhkan pembayaran balik pinjaman rumah sahaja tetapi juga termasuk menyusun semula pinjaman perniagaan tanpa menanggung fi atau memberikan penggantungan sementara pembayaran balik.

"Bank memahami sekarang adalah masa yang sukar dan memberi tekanan kepada semua isi rumah dan perniagaan yang terjejas banjir.

"Anggota bank kami sedang berusaha mendekati pelanggan untuk membantu mereka pulih kembali.

"Pelanggan yang menghadapi masalah kewangan akibat banjir diminta menghubungi bank mereka secepat mungkin supaya keadaan mereka boleh dinilai dan nasihat boleh diberi," kata Pengarah Eksekutif ABM Chuah Mei Lin.

Chuah berkata seperti tahun-tahun sebelum ini, anggota bank akan menghulurkan bantuan semasa tempoh sukar ini dengan menyediakan penyelesaian dan bantuan kepada pelanggan berdasarkan keadaan kewangan masing-masing.

Orang ramai dialu-alukan menghubungi ABM melalui talian bebas tol, ABMConnect 1-300-88-9980 yang dibuka dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5.30 petang atau menerusi laman web, www.abm.org.my.


Tolong panjangkan berita ini kepada rakan2 yang menjadi mangsa banjir dan sedara mara yang terjejas dalam insiden banjir baru2 ini. Semoga perkara ini sedikit sebanyak akan mampu meringankan beban pihak2 yang terbabit.

Oke bai.  

-amenoworld

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.