Tindakan tegas akan diambil sekiranya pihak berkuasa tempatan mengambil sikap acuh tak acuh berkenaan isu keselamatan di pantai Port Dickson dan Telok Kemang.
SEREMBAN : Menteri Besar Negeri Sembilan. Datuk Seri Mohamad Hasan memberi amaran akan menarik balik lesen operasi bot pisang (banana boat) sekiranya pengusaha bot pisang di pantai Port Dickson dan Telok Kemang tidak menitikberatkan aspek keselamatan penumpang.
Mohamad juga menekankan beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha bot pisang sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil sikap acuh tak acuh berkenaan isu keselamatan di pantai Port Dickson dan Telok Kemang.
“Kalau PBT liat sangat mahu ambil tindakan terhadap pengusaha bot pisang, biarlah saya sendiri yang pantau hal ini dan akan bersemuka
dengan pengusaha bot pisang jika mereka masih terus melakukan aksi berbahaya kepada penumpang seperti menjatuhkan penumpang ke dalam laut.
dengan pengusaha bot pisang jika mereka masih terus melakukan aksi berbahaya kepada penumpang seperti menjatuhkan penumpang ke dalam laut.
“Saya memberi amaran kepada pengusaha bot pisang di pantai Teluk Kemang dan Port Dickson agar tidak melakukan sebarang tindakan yang
membahayakan nyawa penumpang ketika penumpang menaiki bot pisang,” kata Mohamad.
membahayakan nyawa penumpang ketika penumpang menaiki bot pisang,” kata Mohamad.
Mohamad berkata demikian merujuk kepada sebuah kejadian pada petang Ahad lalu, apabila seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun yang lemas selepas terjatuh dari bot pisang yang dinaiki oleh kanak-kanak malang itu bersama ibubapanya di pantai Telok Kemang.
Kanak-kanak tersebut dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban. Walaubagaimanapun kanak-kanak tersebut meninggal dunia beberapa jam selepas itu.
“Saya tidak mahu kejadian seperti ini berlaku lagi. Jika didapati berlaku, saya tidak akan teragak-agak menarik balik lesen operasi mereka..
“Sekiranya pengusaha bot ini ingin terus mencari makan dengan aktiviti sedemikian, maka mereka perlu sentiasa menitikberatkan keselamatan penumpang.,” katanya lagi.
Mohamad juga menasihatkan ibubapa agar tidak membenarkan anak-anak yang masih kecil menaiki bot pisang kerana risiko yang bakal dihadapi sangat besar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.