`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 17, 2013

Menggelupur dirempuh kereta

Menggelupur dirempuh kereta
Menggelupur dirempuh kereta Mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban bagi rawatan lanjut, malam kelmarin.
REMBAU: Seorang pejalan kaki cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban selepas dirempuh sebuah kenderaan di Kilometer 32.1, berdekatan Masjid Kariah Batu 17, Chembong, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, mangsa, L Kandevelo, 57, yang merupakan Pemastautin Tetap dipercayai baru sahaja selesai menutup operasi premis cuci kereta saudaranya dan ingin berjalan kaki ke kedai makan berdekatan lokasi berkenaan.

Menurut saksi kejadian, Mohamad Azmi Sharif, 30, ketika kejadian, dia sedang bertugas di pondok keselamatan Sekolah Menengah Teknik Datuk Lela Maharaja tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.

Dia kemudiannya bergegas ke jalan utama bersama rakan sekerja, Fadzly Jamaludin, 31.

“Sebaik sampai ke lokasi kejadian, saya lihat selipar mangsa berada di bahu jalan, bersama dengan serpihan nombor pendaftaran kereta yang melanggar mangsa. Mangsa pula sudah berada ke tengah jalan.

“Saya bergegas memanggil mangsa, namun tiada jawapan. Jadi saya bertindak memegang mangsa dan mangsa terus menggelupur kesakitan,” katanya.

Azmi berkata, dia tidak sempat untuk melihat jenis kenderaan yang melanggar mangsa dan hanya mendengar bunyi deruman kuat enjin kereta sejurus selepas dentuman kuat berkenaan.

“Jadi saya hanya sempat melihat serpihan nombor pendaftaran yang tertinggal di lokasi kejadian," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, individu yang dipercayai melanggar mangsa berusia 57 tahun itu datang ke balai polis 12 tengah hari semalam bagi membuat laporan polis.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.