`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, December 12, 2013

Sebab Mat Sabu “dah jadi” Syiah!! (Video)


Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan orang nombor dua PAS yang dimaksudkan Zahid Hamidi adalah Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu terlibat dengan Syiah.
Ia didedahkan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Radzi. Antara Syiahnya Mat Sabu adalah seperti berikut;
Maklumat yang diperolehi yang menunjukkan Syiahnya Mat Sabu adalah ‘Selawat’ mengikut ajaran Syiah. Menyatakan rasa kagum terhadap kepimpinan dan perjuangan Khomeini.
Ketika mengulas mengenai perutusan hari Krismas pada tahun 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, beliau telah menggunakan pendekatan ulama Syiah iaitu Imam Khomeini sebagai terma tujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan.
Mat Sabu secara terang-terangan turut memuji Pemimpin Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau serta isterinya bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.
Tuan Guru Abd Rahim dari Sungai Jagung, Pendang, Kedah mengesahkan Mohamad merupakan salah seorang penganut Syiah apabila kerap kali melihat pemimpin Pas itu menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya.
Mat Sabu menghadiri kelas pengajian dikendalikan oleh dua ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di salah sebuah sekolah berfahaman Syiah di Gunung Semanggol, Perak.
Lihat video Sinar Harian berikut;

Nampaknya makin mudahlah Mat Sabu menang saman!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.