`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, December 7, 2013

Terbaik dari Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said..


Walaupun tindakannya dari satu sudut kelihatan agak 'gedebe' namun dalam situasi yang terdesak sebegini ianya adalah wajar dilakukan demi rakyat..

Ianya dikatakan bermula bilamana sekumpulan pengguna jalan raya terkandas di laluan Kuala Lipis dan kelaparan kerana tiada bekalan makanan yang dibawa.

Secara kebetulan pula sebuah lori membawa roti turut berada di tempat kejadian.

Kerana kelaparan para pemandu yang terkandas itu telah merayu kepada pemandu lori tersebut agar roti yang dibawa diagih-agihkan kepada semua yang terkandas di situ.

Mereka sanggup membayarnya walau berapa harganya sekalipun.

Namun pemandu yang menjalankan tugas menghantar roti enggan melakukan demikian, kerana amanah yang dipikulnya mahukan beliau menghantar ke destinasi yang telah ditentukan.

Secara kebetulan juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said turut berada di tempat kejadian.

Demi kepentingan rakyat beliau telah bertindak membuka pintu belakang lori tersebut dan mengagihkannya kepada para pemandu yang terkandas disitu.


Beliau tidak berucap berapi-api beretorik di PWTC kononnya mahu membantu rakyat. Beliau tidak perlu mengherdik GLC dan Persatuan untuk menjadi popular.

Beliau tidak perlu sidang media untuk membangsatkan rakyat, sepertimana yang dilakukan oleh Ketua Wanita UMNO.. sila baca di SINI 

Ahmad Said juga tidak perlu sidang akhbar untuk membantu rakyat.

Bravo Mat Said!!!

Kalaulah benar Malaysia adalah negara terbaik dalam menguruskan banjir macam si Shahidan kata tu.. adakah ini akan berlaku?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.