`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 13, 2013

'The Heat' terima surat tunjuk sebab kerana siarkan keborosan Rosmah dan Najib ?


Nampaknya menerbitkan artikel berhubung perbelanjaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor boleh menyebabkan sesuatu organisasi bermasalah.

Malaysiakini difahamkan, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mingguan The Heat berhubung artikel berjudul "All eyes on big spending Najib" dalam keluaran Novembernya.

The Heat sebuah penerbitan bawah Kumpulan HCK Capital yang diterajui oleh ahli korporat Clement Hii. Sumber enggan mendedahkan kandungan surat itu.

Begitu juga Ketua Pengarang David Lee Boon Siew.

 "The Heat tiada komen untuk diberikan," katanya ketika diminta mengesahkan menerimat surat tunjuk sebab itu.

Sebelum ini, Malaysian Insider melaporkan, Pejabat Perdana Menteri mengarahkan Astro Awani menarik balik artikel berhubung Rosmah, yang ditulis berdasarkan tulisan bekas tokoh wartawan A Kadir Jasin di blog.. 

Kalau betullah laporan dari Malaysiakini tu... persoalannya disini ialah sejak bila semua media cetak tidak dibenarkan menyatakan yang benar?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.