Khabar angin mula tersebar malam tadi bahawa Dato Jailani Ngah mungkin telah ditendang atau dihantar untuk menjaga stationary pejabat atau jaga kandang lembu di UPM.
Samada betul atau tidak, ada asas-asas untuk demikian kerana pegawai ugama setahun jagung dalam politik ini berangan nak jadi konspirator politik.
Dia telah mengarahkan Awang Selamat, Jocelyn Tan, dan beberapa penulis portal FB untuk memburukkan nama Ahmad Said dengan Jocelyn telah gunakan seorang pensyarah ditangkap khalwat dan pro PAS untuk beri komen.
Sebagai pembetulan penulis portal memang konsisten dalam kritiknya terhadap Md Said. Maka tiada isu dia sebahagian dari kepala konspirasi.
Jailani juga telah mereka-reka konon ada surat akujanji padahal jika ada sudah pasti Ku Nan atau Raof sudah sebarkan surat tersebut untuk menangkis Md Said dan menjawab mereka yang simpati dengannnya.
Sebenarnya Jailani adalah sebahagian dari kumpulan pro Anwar yang banyak berselerak dalam pejabat dan agensi kerajaan.. Angin berkencang mengatakan konspirasi memalukan Md Said yang dilakukan melibatkan komplot bekas pro Anwar dari student days di UKM ke BTN seperti Raja Arif, Elis Nor dan Shahlan.
Jailani dan Raja Arif adalah dari Kuala Nerus dan bersama pemimpin lain berusaha mahu naikkan Razif. Bagi Razif dia tiada isu dengan Md Said malah banyak menghrmati Md Said.
Tak tahu imbuhan apa yang disasarkan Jailani dan kawan-kawannya tapi Raja Arif bekas Ketua BTN negeri aka pegawai kerajaan itu ada cita-cita nak jadi calun pilihanraya.
Raof dan Elis pun dah dapat imbuhan sebesar 2,000 hektar kata orang kampong.
Ada pihak yang sudah sedar tujuan lebih jauh Jailani adalah dia akan jatuhkan Razif sebelum PRU14 dan sementara itu dia akan lobi pada Najib naik jadi MB sebagaimana dari pegawai pada Abdullah Md Zin dia dapat jejak jadi Pol Sec PM.
Nasib baik ada Shaberry Cheek untuk menyelesaikan masaalah kerana baik Jailani atau yang tersengeh-sengah sekejap tak tukar dan sekejap lagi ya nak tukar MB. Nak tukar MB yang mana dalam bidang kuasa PM pun nak, tipu muslihat.
Ku Nan dan Raof elok benar dua-dua di tukar juga.
Md Said sebenarnya sudah banyak kali menyatakan kepada pelbagai pihak bahawa dia tak ada masaalah untuk berhenti dari MB. Unspinners pernah dengar recording pengakuan itu tapi Jailani yang mereka-reka cerita seperti yang dibawa oleh Jocelyn Tan bahawa dia akan cuba buat helah. Mungkin susah nak dipercayai pasal Md Said ada imej gedebeh.
Alah apa hal pun ... semua ahli politik macam gitu. Sapa tak mahu cuba... kuasa itu sedap. Dari Tunku Rahman hingga Pak Lah, semua PM tak undur bila didesak.
Namun dengan laporan BNBBC {baca SINI] berikut, ia jelas menunjukkan betapa pegawai PM ini tidak buat homework atau berniat jahat dan akhirnya memalukan PM.
Hak PM untuk tegas dan memang elok dilakukan pertukaran sana sini untuk membetulkan imej parti kepada rakyat dan bersihkan parti dari personaliti penyamun yang nak print risalah dan T shirt untuk kempen pun nak samun duit parti.
Better late than never, dah masa muka-muka baru dan bersih diketengahkan. Masa dan zaman warlord harus diakhirkan. Kami sokong usaha Najib.
Akibat kegopohan Jailani, PM dilihat flip flop ping pong dan Jailani gagal lagi.
Harap khabar angin ini betul kerana bukan kerja pegawai PMO untuk mengatur parti dan jawatan kerajaan negeri!
Mereka patut bekerja dengan profesyenal mengikut lunas undang-undang dan peraturan ... bukan mengatur konspirasi. Dahlah hanya baca doa untuk majlis tapi nak atur-atur orang ...







No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.