`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, May 17, 2014

" Buta-Buta Kita Rakyat Dibohongi Oleh Najiz Razak. Bila Dah Kantoi Menipu Artikel Pula Dipadamkan "







Dia nih semenjak dua menjak kerja dok membohong rakyat ja. Benda jelas dan nyata pun Najib nak bohong. Kes tukar MB pun dia bohong, ini jelas-jelas TNB saban tahun untung berbilion dikatakannya rugi.

Cuba hang tunjuk bukti sat Najib tang mana TNB dikatakan rugi. Sudah-sudahlah wahai Najib nak tipu rakyat. Jangan dibawa-bawa kebodohan yang ada dalam BN tu kepada rakyat. Ada PM pun fail math, padanlah tahu hutang saja tapi bayarnya tidak.

Belumpun sampai 24 jam artikel Najib membohongi rakyat telah dipadamkan dari Berita Harian Online. Memalukan, inilah akhbar Malaysia. Korang ingat rakyat Malaysia bodo-bodo macam orang-orang Najibkah???, delete pun orang dah capture dah siap edar kat fb lagi, bodoh punya Berita Harian.





Kenaikan tarif elektrik pada awal tahun ini dilakukan supaya kerajaan tidak perlu mensubsidi operasi TNB dengan dana awam kemudiannya, kata perdana menteri.

Katanya, kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana 85 peratus kos TNB terdiri daripada kos bahan api dan harganya semakin meningkat.

“Jika (TNB) menanggung kerugian, apa kemudiannya? Terdapat pelbagai implikasi...

“Pada akhirnya, kita akan belanjakan dana awam untuk mensubsidi TNB. Adakah ini yang kita mahu?. “Kita tidak mahu membebankan rakyat, tetapi hakikatnya kita tiada pilihan,” katanya.

Najib berkata demikian kepada kakitangan TBN dalam acara sempena hari pekerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu. 


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik baru-baru ini bagi melindungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada berdepan kerugian, sekali gus menjejaskan masa depan 34,900 pekerjanya.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, ia juga langkah jangka panjang bagi memastikan TNB terus menjadi nadi menjamin tenaga eletrik negara, selain mengelakkan syarikat defisit. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.