Ketua Pegawai Eksekutif Pergerakan Kesederhanaan Global, Datuk Saifuddin Abdullah berpendapat bahawa rakyat Malaysia seharusnya berusaha bersama-sama untuk memupuk perpaduan dan menegakkan kebebasan bersuara.
Saifuddin berkata demikian ekoran kenyataan prtubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) terhadap komuniti Cina dan seminar anjuran UiTM yang membuat tuduhan negatif terhadap kaum Kristian.
Katanya, ekoran peristiwa-peristiwa itu, beliau telah menulis di laman media sosialnya "Hentikan sentimen anti-Cina dan anti-Kristian sebelum ia bertambah buruk."
"Status itu menerima dua jenis tindak balas. Pertama, dari orang-orang yang bersetuju dengan saya. Mereka bertindak balas dengan bahasa yang bertamadun.
"Dan kedua, dari mereka yang tidak bersetuju dengan saya. Kebanyakan mereka menjawab dalam bahasa yang tidak bertamadun.
"Dulu, terdapat juga insiden di mana sentimen negatif telah dilemparkan terhadap masyarakat kita dan agama-agama lain, termasuk orang Melayu dan Islam.
"Semua kes-kes ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia tidak baik untuk Malaysia, terutama dari segi perpaduan negara,' katanya.
Saifuddin berkata rakyat Malaysia harus menurut Perlembagaan Persekutuan dan proses demokrasi.
"Sebenarnya, kita telah mencapai tahap di mana kita perlu menangani ucapan kebencian, iaitu, perkataan, frasa atau ayat, sama ada secara lisan atau bertulis, atau perbuatan, dengan sengaja menghasut kebencian terhadap orang lain, terutamanya bangsa dan agama.
"Saya faham kerajaan kini sedang berunding dengan pihak-pihak berkepentingan dalam membuat satu Akta baru bagi menggantikan Akta Hasutan.
"Namun, sementara menunggu Akta baru untuk siap, rakyat memerlukan tindakan pantas, berani dan bijak daripada kepimpinan bagi menangani kes-kes seperti yang melibatkankenyataan seperti ISMA dan UiTM," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.