`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, May 16, 2014

Kejahilan Anda Yang Merosakkan Masa Depan Bangsa



I received this very sad comment in my Blog last Saturday. I am taking it at face value. I am reproducing it in full.

Anonymous said...

Sewaktu usia kanak2, saya sangat suka pada buku dan pada usia 4 tahun saya sudah boleh membaca. Usia 6 tahun saya sudah mula membaca banyak buku2 cerita yang tebal dan yang paling saya suka ialah Enid Blyton.
 
Ayah saya sangat warak, dulu ayah saya paksa saya belajar hafal doa dan ayat2 Quran.Ayah saya kata kalau mati nanti, Allah tak tanya pasal sekolah tapi pasal agama. Walaupun saya perempuan, hari2 saya kena pergi masjid dan kerja sekolah susah saya nak siapkan. 

Ceramah agama di masjid ada cakap, kalau anak melawan atau berbahas agama maka mereka harus di pukul. Ayah saya belasah saya separuh mati hampir tiap2 hari sebab saya banyak bersoal jawab dan lambat sembahyang sebab suka membaca

Saya jadi sangat benci pada agama ini kerana hari2 disekolah saya kena marah dengan cikgu kerana tak siap kerja sekolah, diejek kawan kerana mereka kata saya pemalas dan bodoh. 

Saya juga benci pada Allah kerana kata ayah saya Allah kata semua manusia harus mengingati mati setiap waktu. Ayah kata dia sangat sayang pada saya, sebab itu dia mengingat saya tentang mati supaya saya tidak lupa. 

Di kala saya membesar, saya jadi depressed yang teruk...kerana ajaran ini. Mengingati mati juga membuat saya jadi takut, selalu menangis dan hilang semangat untuk belajar dan hidup. 

Bila saya besar, saya tak berpeluang ke universiti, saya juga harus kawin di usia muda kerana ayah saya bimbang saya akan buat maksiat sbb ustaz dimasjid kata, anak perempuan yang bergaul bebas diluar boleh membuat seorang ayah itu tertahan ibadat nya dan gagal bila meniti siratul mustakim nanti maka tidak akan masuk syurga.

Sekarang bila saya tengok kawan2 saya yang berjaya dan ada career, saya sangat sedih dan rendah diri. Mungkin ayah saya tersenyum bangga melihat saya di neraka dari syurga nya.

Saturday, May 10, 2014 7:15:00 PM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.