Beria cakap Arab, buka restoran pun tak kisahlah tapi janganlah salah guna permit untuk belajar.
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mendakwa telah berlaku penyalahgunaan permit oleh pelajar asing terutama dari Timur Tengah.Akui tidak berpuas hati dengan perkara itu, beliau berharap perkara sedemikian dapat diatasi dan ditangani dengan sebaik mungkin.
“Saya bukan menentang pelajar masuk dari luar negara tapi saya tak puas hati dengan (pelajar) yang Arab ini Tuan Yang diPertua. Yang ‘handsome’, hidung mancung ini. Syria, Lebanon, Iran, Iraq.
“Beria cakap Arab, buka restoran pun tak kisahlah tapi janganlah salah guna permit untuk belajar,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2014 di Parlimen, hari ini.
Beliau yang juga bekas Menteri Pelancongan melahirkan rasa tidak percayanya terhadap alasan pelajar-pelajar asing yang masuk ke Malaysia untuk belajar Bahasa Inggeris di negara ini.
“Dengarnya pelajar-pelajar luar yang masuk ke Malaysia adalah untuk belajar Bahasa Inggeris dengan kursus setahun atau dua tahun.
“Kalau di negaranya sudah ada Sarjana, Ijazah dalam ekonomi, maksudnya dia sudah tentu boleh cakap dan tulis Bahasa Inggeris. Takkan boleh dapat ijazah dalam ekonomi kalau tidak tahu Bahasa Inggeris?
“Pelik bin ajaib sekiranya niat mereka datang ke Malaysia adalah untuk belajar Bahasa Inggeris. Ini strategi mereka untuk masuk ke negara kita,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.