Sebab mengapa Hadi mahu Khalid terus kekal menjadi menteri besar adalah kerana Khalid Ibrahim menjaga kepentingannya di Selangor.
Menantu kepada presiden PAS itu, Zaharudin Muhammad diberikan jawatan sebagai Ketua Jabatan Agama di Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB), syarikat milik kerajaan negeri Selangor.
Selain itu, Khalid melantik Raja Idris Raja Kamarudin, abang kepada penulis blog popular Raja Petra Kamarudin sebagai pengerusi kepada beberapa anak syarikat negeri seperti KPSB, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), Central Spectrum (M) Sdn Bhd sebuah syarikat yang menguruskan industri hartanah dan halal di Selangor serta Ceres Telecom Sdn Bhd, anak syarikat kepada KPSB.
Raja Idris mempunyai hubungan yang rapat dengan Hadi sejak presiden PAS itu menjadi menteri besar Terengganu pada 1999-2004.
Hadi pada ketika itu melantik Raja Idris sebagai orang penting dalam Amanah Saham Gemilang (ASG) dan ketua eksekutif kepada TDM Berhad, anak syarikat terbesar kerajaan negeri Terengganu.
Dua individu yang rapat dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan faktor penghalang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkir daripada terus menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.
Dua individu itu adalah Pengerusi Kumpulan Perangsang Raja Idris Raja Kamarudin dan menantu Hadi, Zaharudin Muhamad (Din Ayam).
TULANG BESI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.