`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, September 14, 2014

Pesawat MAS ke Hyderabad terpaksa patah balik selepas berlepas

MAS berkata penumpang diberikan tempat penginapan di hotel berhampiran dan dijangka akan berlepas tengah hari ini. – Gambar Reuters, 14 September, 2014.MAS berkata penumpang diberikan tempat penginapan di hotel berhampiran dan dijangka akan berlepas tengah hari ini. – Gambar Reuters, 14 September, 2014.
Penerbangan Malaysia Airlines MH198 yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hyderabad, India, terpaksa berpatah balik selepas berlepas malam tadi kerana masalah teknikal.
Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan nasional itu berkata pusingan tersebut dilakukan sebagai langkah keselamatan.
"Isu teknikal tersebut tidak memberi sebarang impak kepada keselamatan pesawat ataupun penumpang," kata MAS.
MAS berkata penumpang diberikan tempat penginapan di hotel berhampiran dan dijangka akan berlepas tengah hari ini.
"MH198 dijadualkan beroperasi sekali lagi sebagai MH198D dan akan berlepas dari Kuala Lumpur pada tengah hari."
"Penerbangan akan tiba di Hyderabad pada 1.35 hari ini," kata kenyataan tersebut.
MENYUSUL LAGI
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.