`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, November 25, 2014

ROGOL ANAK TIRI,KONTRAKTOR DIPENJARA 20 TAHUN DAN 20 SEBATAN

Seorang kontraktor dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan dikenakan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah merogol anak tirinya dua kali, tahun lalu.

Hukuman itu diputuskan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh terhadap tertuduh, 28, di akhir kes pembelaan.



Ketika memberikan keputusannya Jagjit berkata, selepas meneliti kes, pihak pendakwaan didapati berjaya membuktikan kes tanpa ada keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperkosa anak tirinya berusia 16 tahun di sebuah rumah di Mantin dekat sini, pada jam 8 pagi, 13 Mac tahun lalu.

Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa merogol anak tirinya itu di sebuah rumah di Nilai, dekat sini pada jam 8 pagi, 6 Jun tahun sama.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun, serta minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.