`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, January 9, 2015

Kuala Kangsar banjir semula

kuala kangsar


KUALA KANGSAR: Hujan lebat selama beberapa jam yang turun sejak tengah hari Khamis menyebabkan Kuala Kangsar, Perak dilanda banjir semula.

Kawasan Lembah Sayong dinaiki air mulai jam 4 petang menyebabkan barang-barang milik peniaga yang baru dimasukkan dua hari lalu terpaksa dipindahkan semula ke kawasan lebih tinggi.

Banjir turut menyebabkan tujuh keluarga di kawasan berkenaan terpaksa dipindahkan semula ke pusat pemindahan sementara di Dewan Jubli yang telah ditutup lima hari lalu.

Setiausaha majlis perbandaran Kuala Kangsar, Ismail Ibrahim berkata pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga dan membuat pemantauan 24 jam bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

"Dan kita pun telah ambil tindakan berjaga-jaga di mana pada petang tadi dalam pukul 4.30 kita telah pun mengarahkan semua peniaga berpindah.
"Sebenarnya mereka telahpun memasuki premis pada selasa lepas setelah buat pembersihan lembah ini, tapi oleh kerana air dah menghampiri paras bahaya, kita nasihatkan mereka pindah," kata Ismail.

Beberapa peniaga yang ditemui berkata, mereka terpaksa membatalkan hasrat untuk memulakan perniagaan dalam minggu ini setelah ditutup lebih dua minggu, namun tidak kesampaian.

"Jangkaan nak berniaga balik dalam masa seminggu. Sebab air naik semula, kami dah tak tahu nak buat macam mana.

"Majlis Daerah mengarahkan kami berpindah ke tempat yang selamat. Jadi kami semua pindah, tapi tak tahu pula bila nak turun balik sebab masalahnya air tengah naik lagi," kata peniaga di Lembah Sayong, Roslan Attarudin.

Ahli Dewan Undangan Negeri Manong, Mohd Kamil Shafei ketika membuat pemantauan menasihatkan penduduk yang tinggal di pesisir Sungai Perak supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan banjir setiap masa.

Adun Manong, Mohd Kamil Shafei berkata, "Sejak tengah hari tadi hujan naik tanpa henti, air didapati naik semula walaupun pekedai-pekedai sudah mula memasukkan barang ke kedai. Namun pada lewat petang tadi, mereka terpaksa mengeluarkan barangnya semula kerana didapati air naik dalam keadaan yang perlahan."AwaniAwani.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.