`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 6, 2015

PMO Bertanggungjawab Jika Nanti Betul-betul Jet Ada Isu Teknikal & Najib Kena E-Coli


Jet PM ada isu teknikal, tak diguna keluarga'

Jet kerajaan yang digunakan untuk membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Hawaii, Amerika Syarikat (AS) ditinggalkan di negara itu selepas mengalami isu teknikal.

Ia tidak ditinggalkan untuk kegunaan keluarga perdana menteri atau dibawa ke tempat lain seperti dilaporkan sebelum ini.

“Pesawat itu tidak ditinggalkan untuk digunakan oleh anggota keluarga PM.

“Ia juga tidak berada di Indianapolis,” menurut reaksi pegawai kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), seperti disiarkan oleh tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu menyiarkannya di ruangan komen pada blog seorang lagi pemimpin media eranya Tan Sri Zainuddin Maidin, yang terus mengulas berhubung isu 'diplomasi golf' Najib.

Penjelasan JPM juga menyebut bahawa perdana menteri pulang bersama pesawat komersial melalui Hong Hong sebelum diambil oleh pasukan tentera udara dan dibawa terus ke Kota Bharu.

Kadir berkata, jawapan di atas diperoleh selepas menghantar SMS kepada pegawai perdana menteri.

'Seperti misteri MH370'

Bagaimanapun, penjelasan itu nampaknya seperti tidak memuaskan hati Kadir.

“Rosak atau flight plan-nya sudah diluluskan yang menunjukkan ia akan terbang ke tanah besar AS selepas Hawaii?

“Kalau isteri PM tak guna pesawat itu, macam mana ia dikesan dari AS hingga Bangkok?” soalnya,


Beliau juga menyifatkan persoalan berhubung pesawat itu seperti “misteri MH370” yang hilang sebelum ini.

“Nampak macam ada pihak yang cuba putar belit hakikat,” tulis Kadir lagi.


PM diserang kuman E coli

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terkena jangkitan bakteria e-coli semasa lawatan ke kawasan banjir sebelum ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui Twitter rasmi sebentar tadi.

“Doktor nasihat supaya berehat. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin,” menurut tweet itu.

Najib baru pulang daripada lawatan kerja di Bangkok.

E coli boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam dan penyahhidratan yang boleh membawa maut.

Walaupun belum sihat, perdana menteri berjanji akan terus memantau keadaan banjir di seluruh negara.

“Saya akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah,” tulisnya di Twitter sebentar tadi.

Tweet beliau mendapat pelbagai reaksi yang rata-rata berharap kepimpinan utama negara itu cepat sembuh.

Acara pagi diganti TPM

Perdana menteri sepatutnya melepaskan konvoi bantuan banjir sukarelawan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya pagi tadi.

Bagaimanapun, ekoran masalah kesihatan itu, tempatnya digantikan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib sebelum ini terpaksa pulang awal daripada cuti selepas banjir besar melanda beberapa tempat di semenanjung Malaysia, terutamanya Kelantan.

Beliau juga dikritik hebat selepas gambarnya bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ketika bencana melanda Malaysia didedahkan media. 
mk


ULASAN GB

Di kedua dua kes hanya alasan-alasan diberikan TANPA sebarang BUKTI.

Di dalam kes pertama bab jet 1Malaysia yang dikatakan mengalami masalah teknikal dan ditinggalkan di Amerika betul-betul memperbodohkan rakyat.

Ini kerana laman sesawang Flight Radar 24 mempunyai data "kedudukan" jet berkenaan.



Semasa Najib balik pun tidak ada cerita tentang "masalah teknikal" jet berkenaan.

Alasan yang diberikan PMO hanya itu muncul apabila terdapat kritikan hebat kenapa Najib balik tetapi jet masih berlegar ke sana ke mari dan anehnya Rosmah juga tidak kelihatan semasa Najib balik ke Malaysia. Oleh itu tidak boleh dipersalahkan rakyat jika ada spekulasi bahawa jet itu sebenarnya menerbangkan Rosmah di beberapa lokasi untuk bershopping kerana Rosmah sudah pun dikenali sebagai wanita yang kuat bershopping.

Sungguh berani PMO memberikan "alasan" jet menghadapi masalah teknikal untuk "cover line" Rosmah Mansor. Nanti betul-betul jet berkenaan menghadapi masalah teknikal disaat Najib dan Rosmah ada di dalamnya barulah tahu penting rupanya untuk bercakap benar!

Kes kedua Najib kena e-coli. GB tak sanggup nak printscreen ulasan dan komen orangramai terhadap tweet dari PMO berkenaan. Hakikatnya ramai yang tidak yakin dengan perkara tersebut. Kalau penat nak layan rakyat dan nak berehat bersama isteri kerana baru balik dari Bangkok nyatalah terus-terang, tak perlu PMO nak buat cerita terkena wabak e-coli ker ebola ker. Sikit punya gempak alasan berkenaan kerana e-coli bukan sebarang wabak - ia wabak maut.

Kalau betul kena wabak e-coli kita doakan segera sembuh. Tetapi jika itu alasan yang direka-reka kita khuatir nanti ia betul-betul jadi kenyataan.Sebab apa-apa perkara baik dan buruk yang jika disebut-sebut ia bakal menjadi nyata.

Jadi dua perkara yang PMO ternyata membuat pembelaan tanpa mengetahui ia boleh menjadi kenyataan. Pertama jet yang bawa Najib dan Rosmah menghadapi masalah teknikal, bererti boleh juga terhempas. Kedua Najib boleh terkena wabak e-coli yang boleh segera mematikannya. Jika berlaku salah satunya atau kedua-duanya sekali salah siapa? PMO yang memintanya!

Kalau Najib dan Rosmah tak kena, Kita khuatir pegawai-pegawai PMO itulah yang kena... kapalterbang dinaiki meletup sebab masalah teknikal, atau masing-masng tersadai kena e-coli sebab mereka yg beri alasaalasan itu. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan... Jangan main-main. kami hanya memberi peringatan...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.