`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 10, 2016

Rupanya Ini Dalang Usul Undi Tak Percaya MB Terengganu?



Rupanya Ini Dalang Usul Undi Tak Percaya MB Terengganu? Datuk Seri Ahmad Said menafikan dakwaaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendorongnya mengusulkan undi tidak percaya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini.

Bekas Menteri Besar Terengganu berkata, dakwaan sesetengah pihak Dr Mahathir memainkan peranan di sebalik tindakannya itu adalah fitnah.

“Kalau ada yang kata Dr Mahathir terlibat sama, itu fitnah. Dr Mahathir tidak terlibat dan jangan kaitkan dengan Dr Mahathir. Dia tidak ada kena mengena. Jangan Fitnah orang, buat dosa saja,” katanya kepada FMT.

Ahmad atau popular gelaran Mat Said diminta mengulas dakwaan bahawa ada pihak tertentu yang mendorongnya untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di DUN pada Isnin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu meminta agar Ahmad Razif membuktikan dakwaan bahawa usul yang dibuat itu didorong oleh pihak tertentu.

Rupanya Ini Dalang Usul Undi Tak Percaya MB Terengganu?

“Siapa yang dorong saya? Tanya dia (Ahmad Razif) dulu siapa yang dorong saya. Kalau pihak tertentu itu siapa?

“Biar dia jawab dulu, nanti saya jawab. Kalau dia jawab pihak tertentu sahaja itu fitnah,” katanya.

Sebelum itu, Ahmad Razif berkata, tindakan Ahmad Said mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadapnya sebagai Menteri Besar Terengganu, dibuat atas dorongan pihak tertentu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan siapa pihak tertentu yang dimaksudkan itu. Sebelum ini, pihak-pihak tertentu mendakwa tindakan Mat Said itu dipengaruhi Dr Mahathir.

Ahmad Razif menyifatkan, tindakan Ahmad itu sebagai satu hikmah kerana beliau kini dapat mengetahui siapa musuh daripada dalam yang cuba menjatuhkan BN di Terengganu.

Persidangan DUN Terengganu yang kecoh kelmarin, berikutan cadangan usul undi tidak percaya itu, bagaimanapun berjalan lancar semalam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.