`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 14, 2016

Awang Mat Putih's Blog : Negara makin mundur sejak Najib menjadi Perdana Menteri

This is reproduced from awangmatputih.blogspot.com

 

Wednesday, April 13, 2016

 


Dua hari yang lepas, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan merangkap Penasihat 1MDB dengan bangganya mengisytharkan bahawa pelan ekonomi beliau berjaya, dan 'asas ekonomi Malaysia mampan'.  Syabas!


Ini antara hujah-hujah beliau
 
1. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) naik 50% 
2. 1.8 juta peluang pekerjaan diwujudkan
3. inflasi rendah
4. pasaran modal naik
5. Nilai ringgit tahun ini adalah yang terbaik di Asia

Tapi betul ke?

Mari kita lihat.

Pertama, pendapatan per kapita ( dalam US Dollar) telah JATUH sejak beliau menjadi Perdana 
Menteri. Laporan terbaru BNM menunjukkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia telah jatuh 
dari USD9508 pada tahun 2010 kepada USD9291 tahun lepas.Macam mana nak jadi negara 
maju? Najib kata ekonomi mengembang hampir 50% sejak beliau jadi Perdana Menteri, tapi 
BNM kata pendapatan per kapita rakyat jatuh! Baik tak payah ada economic growth kalau 
tidak memberi kesan positif kepada rakyat. Pertumbuhan untuk siapa sebenarnya?

Kedua, hutang negara makin meningkat. Hutang luaran (external debt) telah naik dari 
RM434 billion pada tahun 2010 kepada RM834 bilion pada tahun lepas, atau dari 29% 
dari KDNK ke 74% dari KDNK pada tempoh yang sama. Adakah ini menjadi kebangaan kita? 
Siapa hendak membayarnya? 

Ketiga, inflasi rendah tapi hutang isi-rumah makin meningkat, dari 72% pada tahun 2010
kepada hampir 90% tahun lepas. Ini merupakan antara kadar yang tertinggi di rantau ini! 
Rakyat terpaksa berhutang untuk hidup. 

Ke-empat : ekonomi negara kata Najib naik 50% tapi gaji rakyat Malaysia tak naik banyak 
mana pun. Tahun 2011, gaji penengah rakyat Malaysia adalah RM1,340 sebulan. Tahun 2015? 
Ianya telah naik RM235 kepada RM1,575 sebulan. Ini juga bermakna separuh pekerja di negara
 kita ini bergaji kurang dari RM 1,575 sebulan.  Tak ada ertinya pasaran modal naik, atau
 ekonomi naik 50% jika rakyat masih bergaji rendah.

Kelima: Jumlah pengangur juga naik. Pada tahun 2010, jumlah penganggur adalah 387,900 orang. 
Ianya telah meningkat kepada510,000 pada bulan Januari tahun ini.  Masih nak berbangga 
1.8 juta peluang pekerjaan wujud? Untuk siapa? Sektor mana? Tahun lepas sahaja, jumlah 
penganguran naik 11%.

Keenam : Najib berkata nilai ringgit paling tinggi di Asia tahun ini. Beliau memang putar belit.
 Adakah beliau menjadi Perdana Menteri sejak awal tahun ini? Tidak. Kalau kita lihat 
di rantau ini!

Ketujuh : khas untuk kaum Melayu, sejak beliau menjadi Perdana Menteri, pegangan efektif
 melayu dalam sektor korporat hanyanaik 0.7%!, dari 16.1% pada tahun 2010 kepada 16.8% 
pada tahun 2014. Jumlah doktor melayu jatuh pada masa yang sama, sebanyak 2%.  Jurang 
pendapatan di anatar kaum Melayu dan kaum Cina langsung tidak berubah sejak Najib menjdi 
Perdana Menteri. Malah, jurang di antara kaum melayu dan India makin naik. 

Terakhir : 1MDB, SRC, RM2.6 billion. Tak perlu dihuraikan disini. Akhlak yang buruk dan hina.

Pelan ekonomi beliau berjaya kah?
 
'Asas ekonomi Malaysia mampan' kah?

Memang Najib Razak adalah Perdana Menteri terburuk dalam sejarah Malaysia. 

 
My comments :  This is the real situation of the economy and in particular of the Malays. 
Their situation is getting very bad. 

No one is buying this type of fake "feel good" speeches anymore. The people know how 
much  money they have and what they dont have at home. 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.