`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, April 29, 2016

Wanita Dilarang Mandi Tutup Buah Dada Di Sini.. Boleh Jadi Syirik..



MASYARAKAT Desa Semanding, Kecamatan Pucanglaban, Kabupaten Tulungagun, Jawa Timur, Indonesia, mempunyai suatu kepercayaan yang ganjil. 

Kepercayaan, bahawa sebuah telaga yang berpunca daripada aliran air bawah tanah sebagai mempunyai mempunyai kuasa untuk menjadikan cantik dan awet muda kepada sesiapa yang mandi di situ.

Namun, ada larangan tidak bertulis bagi kaum perempuan yang mandi di sumber air itu yakni mereka dilarang menutup buah dada masing-masing ketika mandi.

Akibatnya, ritual mempamerkan buah dada sangat popular di situ. Mandi sambil membuka buah dada lebih kerap dibuat pada malam Jumaat. Tindakan itu dipercayai dibuat bagi mendapatkan restu penunggu di situ.

Mungkin penunggu di situ gila seks ke apa…tak tahulah kan. Apa yang lebih pelik, wanita mandi bukan sahaja dengan menayang buah dada tetapi juga bercampur dengan lelaki yang bukan muhrim. 

Ada ke rasa kekok atau malu pada diri mereka? Mungkin kerana sudah menjadi kebiasaan, maka tidak ada yang merasa malu jika dilihat orang, terutama lelaki. Ada kejadian di mana wanitanya sengaja mempamerkan buah dada masing-masing kepada lelaki yang mandi di kawasan berkenaan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam pandangan Islam, kepercayaan seperti di atas boleh membuat seseorang itu menjadi syirik, apabila.. 

  • Mempunyai 'Kepercayaan bahawa sebuah telaga yang berpunca daripada aliran air bawah tanah sebagai mempunyai mempunyai kuasa untuk menjadikan cantik dan awet muda kepada sesiapa yang mandi di situ'. Yakni 'kuasa' di situ diertikan dengan kuasa selain dari Allah SWT atau kuasa bukan kuasa perubatan tradisional logika. 
  • 'Mandi sambil membuka buah dada lebih kerap dibuat pada malam Jumaat. Tindakan itu dipercayai dibuat bagi mendapatkan restu penunggu di situ'. 
Amalan Kepercayaan, Syirik Dan Kurafat Di Kalangan Masyarakat Melayu..

Di dalam kepercayaan masyarakat melayu terdapat beberapa kepercayaan dan amalan dipegang turun temurun boleh menjejaskan akidah kita.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut

  1. Mempercayai bulan safar membawa sial dan bala bencana.
  2. Mempercayai burung hantu berbunyi diwaktu malam akan ada orang nak mati atau ada bala bencana.
  3. Percaya bahawa apabila hujan panas ada orang nak mati.
  4. Percaya kalaulah cicik berbunyi maknanya betullah cakap kita.
  5. Biawak lintas jalan ada petanda urusan hari itu gagal tak boleh diteruskan. Jika diteruskan akan gagal.
  6. Bila ada kupu-kupu masuk rumah akan ada tetamu nak datang ke rumah.
  7. Bila tangan kanan bergerak-gerak akan ada rezeki, begitu juga bila tangan kiri bergerak akan habiskan rezeki yang ada.
  8. Tilik tapak tangan dan mempercayai urat-urat tertentu boleh membawa tuah atau sebaliknya.
  9. Apabila ada pingan pecah maka akan ada bala nak datang atau ada sesuatu kemalangan akan berlaku.
  10. Bila makan tersedak ada orang sebut nama kita atau ada orang sedang mengingati kita.
Di kalangan masyarakat Melayu moden pula percaya:
  1. Rahsia tarikh lahir untuk motivasi diri.
  2. Nombor tertentu membawa tuah dan nombor tertentu membawa bencana. Contoh no. 8888,9999 boleh bawa tuah dan no. 4444, 13 bawa musibah.
  3. Percaya setiap individu ada nombor peribadi yang bertuah. (Nombor 1 hingga 9)
  4. Percaya bahawa dalam bulan Januari hingga bulan Disember terdapat bintang-bintang tertentu jika lahir dalam bulan tersebut ada tuah-tuah tertentu dan keburukan-keburukan tertentu. Contoh bila lahir pada 20 Januari- 18 Februari (Bintang Aquarius) dan 22 Disember - 19 Januari (Bintang Capricorn). dan lain-lain.
Kepercayaan ini telah berakar umbi dalam masyarakat kita terutama belia dan remaja. Oleh itu kita perlu menjelaskan kepada masyarakat, bahawa percaya pada bintang ini boleh bawa kepada syirik.

Sabda Nabi S.A.W.

  • "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan al-Sunnah Rasul-Nya." (Hadis Riwayat Malik)
Sabda Rasulullah S.A.W.
  • "Dan berjaga-jagalah kamu. Jauhkanlah diri kamu daripada perkara baru (bidaah) kerana setiap perkara yang diadakan itu bidaah, dan setiap bidaah itu sesat. "(Hadis riwayat Abu Daud)
Rasulullah S.A.W. menyatakan melalui sabdanya:
  • "Tidak ada penularan penyakit (tanpa izin Allah), tidak ada penentuan nasib dengan burung, tiada kemudaratan burung hantu, dan tiada bala bencana bulan Safar". (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Sabda Nabi S.A.W.
  • "Barangsiapa datang kepada tukang tenung (bomoh), kemudian dia membenarkan perkataannya, maka sembahyangnya tidak diterima oleh Allah selama 40 hari." (Hadis Riwayat Muslim).
Tambahan daripada itu, Rasulullah S.A.W. juga mengingatkan bahawa orang yang mempercayai keburukan itu datangnya daripada sesuatu selain daripada Allah adalah syirik, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
  • "Menyandarkan keburukan kepada sesuatu adalah syirik, dan tidak termasuk dalam golongan kami melainkan orang yang beriman sahaja, dan Allah akan menghilangkan syirik itu dengan tawakkal". (Hadis Riwayat Ibnu Majah).
Kepercayaan dan amalan khurafat hanya boleh dibanteras jika seseorang itu berpegang teguh kepada ajaran Islam dengan menjadikan al-Quran dan sunah sebagai rujukan dalam segala tindakan.

Contohnya, sejak turun temurun masyarakat melayu percaya bulan Safar dikaitkan dengan bala bencana musibah, hingga menerbitkan beberapa amalan khurafaat dan tahyul dengan harapan dapat menangkis atau menolak musibah tersebut.

Amalan-amalan khurafat bulan safar seperti mandi safar, membuat ancak, melarang mengadakan kenduri kahwin dan percaya adanya burung hantu sebagai tanda kematian masih berurat nadi dalam kehidupan masakini. Allah Taala S.W.T. telah memberi amaran kesan dalam surah At Taubah ayat 51 yang bermaksud:

  • "Katakanlah (Wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal"
Pernah, kita digemparkan ramai pakar motivasi mengunakan kaedah tarikh lahir untuk menentukan kejayaan masa depan, apakah benar dakwaan tersebut? Yang pasti kaedah tersebut tidak menepati kaedah yang dibenarkan oleh syarak.

Kerana setiap anak yang lahir tidak kira masa, hari, bulan, tahun semuanya sama saja tetapi yang mencorakkan anak tadi samaada akan jadi majusi, nasrani, yahudi atau Islam adalah kedua-dua ibu bapanya dan suasana disekelilingnya. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya ..

  •  "Setiap anak dilahirkan di atas fitrah (bersih), kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani, atau Majusi. ' (Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari no. 1278 dan Muslim no. 2658 dari hadits Abu Hurairah)
Kenapa kita menggunakan suatu kaedah yang boleh menimbulkan keraguan dan boleh membawa risiko yang besar jika keyakinan seseorang kepada tarikh lahirnya dan dia tak yakin dengan qadak dan qadar Allah S.W.T.? Sedangkan semua perkara ghaib adalah berada di dalam ilmu Allah S.W.T.

Walaupun mereka yang menggunakan kaedah 'rahsia tarikh lahir' berkata bahawa ini adalah satu cara untuk mengenal diri dan potensi diri untuk maju kehadapan, tetapi kaedah yang dijalankan adalah sama seperti seorang yang meramalkan masa hadapan seperti cara orang bukan Islam gunakan (tilik nasib). Sedangkan tilik nasib haram disisi Islam.

Firman Allah yang bermaksud:

  • "Wahai orang beriman! Sesungguhnya arak, judi, penyembahan berhala dan bertilik nasib adalah najis (haram) dan ia daripada perbuatan syaitan. "(Surah al-Maidah, ayat 90)
Dikatakan juga, kepercayaan orang-orang Cina kepada huruf tertentu dan 'feng shui' telah mempengaruhi umat Islam dengan memilih nombor tertentu untuk plat kereta, meletakkan hantaran dengan bilangan hantaran 6666, 8888, 11,111 semua ini amalan kurafat dan tak ada kena mengena langsung dengan kebahagiaan rumah tangga.

Asas Iman, Islam dan takwa sahaja yang akan menjamin kerukunan rumah tangga bukan nombor tertentu. Kita boleh menggunakan bilangan 1, 3, 7, 10, 21, 33, 40 dan 100 untuk berzikir kerana ada nas hadis daripada Rasulullah S.A.W untuk menggunakan bilangan tersebut. Contoh angka 40 yang di suruh Nabi S.A.W. Sabda Rasulullah SAW maksudnya:

  • "Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya. "
Sabda Rasulullah SAW maksudnya:
  • "Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus AS "La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin."
Sentiasalah gunakan nas al-Quran dan hadis dan berfikirlah secara logik dan rasional, insya Allah tidak akan terlibat dengan syirik dan kurafat. Ada pujangga yang bermadah, katanya ..

"Tanpa agama manusia binasa,
Tanpa ilmu manusia buta,
Tanpa iman manusia sengsara,
Tanpa ukhwah manusia terseksa.

Ada agama datangnya pelita,
Ada ilmu datangnya harta,
Ada harta datangnya derma,
Ada ukhwah datangnya saudara. "


Wallahu 'aklam.

3 comments:

  1. Jawa timur mempunyai ramai penganut Hindu . Tak payah la kita beritahu mereka tentang perbuatan syirik sebab mereka adalah orang kafir . Buat habis borah@beras aje .

    ReplyDelete

  2. Safe Income Inc Review

    Safe Income Inc Review Is Safe Income Inc. Scam Or Genuine System? Discover The Real Truth About Safe Income System in My Honest Safe Income Reviews Until Think To Download It.

    http://autobinarysignalssoftwarereviews.com/safe-income-inc-review/

    ReplyDelete
  3. The Bone Broth Cookbook Review

    Even if you are used to cooking with pasta and bread, the Paleo Cookbook are going to show you a whole new way of creating meals that are without these items that are healthy and better for you. Just think of the weight that you could lose, if this is your goal, just by cutting these out of your diet as well as dairy.Everything that you need to create and design wonderful meals will be found here. You are going to have recipes that will give you a three course meal in no time flat.

    http://centumentltdreview.com/the-bone-broth-cookbook-review/

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.