`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 28, 2016

ADUN Hulu Besut nafi jadi pengganti Ahmad Razif

Nawi berkata, keadana di Terengganu seperti sedia kala, walaupun kemelut politik di negeri itu belum berakhir.
nawi-mohamad_Ahmad-Razif_terengganu_600
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad menafikan khabar angin kononnya beliau akan menggantikan Ahmad Razif Abd Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu.
Nawi yang dipetik Malay Mail Online berkata, keadaan di negeri itu seperti sedia kala.
“Tidak…ia tidak benar. Mana awak dapat cerita ini?
“Setahu saya, saya tidak dengar apa-apa pun mengenai Menteri Besar akan digantikan,” katanya.
Nama Nawi adalah yang ketiga muncul bagi menggantikan Ahmad Razif, selepas semua darjah kebesaran ADUN Seberang Takir itu dilucutkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Dua lagi nama yang disebut-sebut sebagai pengganti Ahmad Razif ialah ADUN Telemong, Datuk Rozi Mamat dan ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee.
Portal berita itu turut memetik Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail yang menggesa Ahmad Razif melepaskan jawatannya, kerana tidak lagi disenangi Sultan Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.