`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 12, 2016

Cerita Seram 1MDB Baru Nak Mula.

Image result for Najib and 1MDB

Sebelum kita kupas lebih lanjut mengenai Lapuran PAC, kita sebut sikit mengenai gegak gempita fasal Dr Mahathir. Yang semua dunia kecohkan hari ini ialah Najib Tun Razak- individu ditengah kontroversi dan skendel kewangan 1MDB- duit lesap antara RM25-30 billiion, duit awam masuk dalam akaun peribadinya dan sbg.

Yang tidak kecoh ialah Dr Mahathir. Yang dianggap penyangak dan rasuah serta salah gunakuasa, ialah Najib Tun Razak bukan Mahathir. Akibat perbuatan Najib, Malaysia jadi pariah dimata dunia.

Jika budak2 UMNO maki hamun dan hina Mahathir yang berumur 91 tahun itu, dan mencapai umur yang demikian sesuatu yang dimuliakan dalam budaya Melayu, maka perbuatan budak2 UMNO yang dibiayai dan didanai oleh duit UMNO itu  mencerita banyak hal mengenai pembesaran  dan pendewasaan budak2 Melayu dalam UMNO. 

Siapa mak bapak mereka? Bagaimana didikan mereka? Ini budaya Melayu yang UMNO bawa? Caci dan hina orang Melayu?

Jika demikian, maka orang Melayu mesti menjauhkan diri dari UMNO, pemimpin nya jahat dan membawa kerosakan, partinya dipenuhi dan dikuasai oleh mereka yang juga jahat dan tidak bermoral.

Pemimpin nya sekarang ialah Najib Tun Razak. Banyak sedap mahu tanya, apa lagi yang mahu dibisingkan sekarang setelah lapuran PAC?

Sebagai permulaan, cuba beritahu kemana banyak wang lesap?

Sesiapa yang membaca Lapuran PAC dari muka surat ke muka surat tidak akan percaya Najib sudah bersih. Syarikat yang bermodal RM1 juta boleh pinjam RM50 billion. Ini satu hal. Yang kita tahu 1MDB beli Edra Energy 18 billion. Mana asset lain?

Kemudian belum pun dakwat proklamasi bersihnya Najib kering, IPIC kata mereka bukan pemilik Aabar Investments PJS Ltd atau Aabar BVI. Jadi Najib arah bayar kemana duit RM4.24 billion? Siapa yang curi RM4.24 billion duit Malaysia?

Jumlah total yang dibayar kepada Aabar BVIialah USD3.5 billion atau pada kadar tukaran USD1=RM4, bererti RM14 bilion telah lesap? Siapa pemilik Aabar BVI?

Kalau IPIC kata mereka tidak terima tapi yang terima ialah Khadem Al Kebasi Qubaisi dan Badawy al Husseini, ini semua kawan Jho Low dan Jho Low kawan baik Najib. Mengapa Lapuran PAC tidak sebut perkara ini?

Siapa yang melepaskan pembayaran kepada syarikat palsu? tidak ada orang lain yang ada otoriti melepaskan wang selain Najib Tun Razak. Jadi bagaimana dia kata isiu nya sudah beres?

1MDB bayar pada siapa? Saya yang meluluskan pembayaran? Apa kaitan Khadem Al Qubaisi dan Mohamad  Badawi al husseini dengan Jho Low sahabat baik Najib?

Kemana pergi pula RM4 billion yang dipinjam dari KWAP oleh SRC? Dalam jawapan bertulis kepada soalan saya dalam parlimen, Menteri Kewangan kata hanya sebahagian kecil wang KWAP dipakai. Baki nya pergi kemana? RM 4 billon hilang lagi.

Bagiamana Najib boleh kata setiap sen 1MDB di perkirakan?

Jadi jangan hendak bersegera istihar isiu ini selesai. Tidak ada perincian dalam aliran wang. Ketua odit negara pun tak boleh huraikan kemana beberapa jumlah wang lesap. Orang yang tahu semua ini ialah Najib seorang sahaja dan budak2 suruhan nya yang mengendalikan wang 1MDB. Mereka telah rompak sampai habis.

Mencari penglibatan Najib dengan skendel 1MDB dan berbillion Ringgit yang masuk kedalam akaun nya, belum berakhir. Malah mimpi seram Najib baru mahu bermula.

5-6 negara luar sedang menyiasat Najib dan budak2 suruhan nya. Kesaalahan yang disiasat termasuklah pengonglapan wang, penyaluran wang haram, pecah amanah dan salah laku jenayah yang lain. Najib mungkin berjaya mengunci mulut rakyat Malaysia, tapi dia tidak akan mampu berbuat apa2 dengan negara luar. Adakah Najib mahu rakyat Malaysia mengangkat senjata membela nya? Tidak ada orang yang melakukan nya.

Rakyat Malaysia tidak boleh harapkan MP UMNO atau ketua2 bahagian UMNO untuk membela nasib rakyat. Ahmad Maslan dapat RM2 juta. Sahrir Samad yang dahulu nya primus inter paresdapat RM1 juta. Mas Ermiyatie, dapat RM500,000. 

Setelah isiu kebarangkalian MP2 UMNO melompat menandatangani petisyen menyingkirkan Najib muncul, khabarnya MP UMNO dapat juta2 dan ketua bahagian dalam kawasan UMNO kalah pun dapat berjuta.

Sementara itu, malang lagi rakyat Malaysia dan malu besar pengundi Rompin, bila Hassan Ariffn yang kosong mengenai isiu 1MDB dijadikan pengerusi PAC berfungsi sebagai stooge membersihkan Najib.

Malangnya, pekikan dari pemimpin UMNO tidak berjaya membersihkan Najib dari tuduhan menyonglap duit, melakukan pecah amanah, melanggar undang2 .

Dato Najib tanya, sekarang setelah lapuran PAC keluar apa yang hendak dijeritkan?

PAC menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan.

Jawab nya banyak. Ada RM25-30 billion yang hilang entah kemana. Lapuran Odit tidak tahu kemana aplikasi wang tersebut.Orang Pekan kata, belum beres wok.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.