`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 13, 2016

Rafizi: Bila Ketua Polis Negara Nak Tangkap Arul Kanda?



Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mempersoalkan bila Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan mengarahkan penangkapan Ketua Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy kerana didakwa menyalahgunakan dana syarikat.

Ia berikutan dakwaannya bahawa sejumlah RM288 juta telah dibelanjakan tanpa dimaklumkan dahulu kepada Lembaga Pengarah 1MDB.

Rafizi, yang membuat laporan polis mengenai perkara itu pada 30 April, mendakwa beliau mendapat maklumat daripada dokumen rahsia yang mana beliau telah didakwa kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Oleh kerana Jabatan Audit Negara mengesahkan bahawa dokumen yang saya dedahkan adalah dokumen yang sahih, maka sudah tentu maklumat yang terkandung juga adalah sahih.

"Ini mengesahkan bahawa Arulkanda Kandasamy dan pengurusan kanan 1MDB telah membuat pembayaran RM288 juta tanpa dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah terlebih dahulu dan asas yang kukuh untuk memulakan siasatan terhadap mereka

Beliau bingung mengapa tiada tindakan diambil terhadap Arul Kanda selepas hampir dua minggu, sedangkan beliau sendiri ditahan tujuh jam selepas jabatan audit membuat laporan polis terhadapnya kerana membocorkan dokumen OSA.

Naib Presiden PKR itu berkata beliau akan menunggu sehingga 15 April untuk melihat sama ada polis akan mengambil tindakan terhadap Arul Kanda sebelum mengambil langkah-langkah lain terhadap bos 1MDB itu.

Rafizi sebelum ini mendakwa RM288 juta penyelewengan itu merupakan sebahagian daripada bukti bahawa masalah kewangan 1MDB telah menyebabkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tidak mampu membayar pampasan kepada veteran tentera.

LTAT dan 1MDB telah menafikan dakwaan beliau.

Rafizi sejak itu dikenakan dua pertuduhan di bawah OSA dan satu pertuduhan di bawah Kanun Keseksaan kerana jenayah fitnah.

Malaysiakini telah menghubungi pihak 1MDB bagi mendapatkan reaksi mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.