`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, November 22, 2016

BERSIH5: Sampai Bila Najib Mampu Bertahan Sebagai PM?

BERSIH5 sah di sisi undang-undang, kata Suhakam 

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata, tiada justifikasi untuk pihak polis membuat tangkapan ke atas penganjur utama himpunan BERSIH 5 semalam. 

"Pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab perlembagaan untuk menjelaskan asas penahanan individu terbabit dan membuat penjelasan kesalahan-kesalahan yang dituduh," kata ketuanya Tan Sri Razali Ismail dalam kenyataan. 

Ujar beliau, Suhakam mengerahkan para pemerhati di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching. 


"Suhakam juga menekankan bahawa himpunan tidak menyalahi undang-undang dan mendapati para peserta bertindak dengan cara yang boleh diterima, tidak mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara," tambah Razali. 

Beliau turut memuji pihak berkuasa khususnya polis kerana mempermudah dan menguruskan himpunan awam bagi memenuhi kehendak para penunjuk perasaan sambil menghormati hak balas penunjuk perasaan. 

Jelas Razali lagi, pihaknya akan menyerahkan laporan pemerhatian terperinci kepada Parlimen. 

Sementara itu, pemimpin Pakatan Harapan menggesa pembebasan segera semua aktivis BERSIH dan pemimpin pembangkang yang ditahan sama ada sebelum mahu pun selepas perhimpunan tersebut. 

"Rakyat sudah bosan dengan kerajaan, seperti yang dibuktikan oleh ribuan penunjuk perasaan semalam," kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dalam kenyataan. 

Ketua Anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang pula yang mengatakan tangkapan tersebut sebagai melanggar hak perlembagaan rakyat Malaysia untuk bersuara dan berhimpun selain menghalang wakil rakyat daripada menjalankan aktiviti yang sah. 




ULASAN GB 

BERSIH5 sudah berakhir dan masing-masing bertanya: apa kesannya? 

Sekalipun kerajaan meletakkan perhimpunan itu sebagai perhimpunan haram, namun hakim Nantha Balan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pun TELAH mengesahkan pada 18 Dec bahawa perhimpunan BERSIH 5 adalah PERHIMPUNAN AMAN serta mematuhi undang2 serta perlembagaan negara 

Bukankah sebarang tindakan untuk menyatakan perhimpunan BERSIH5 sebagai perhimpunan harama bererti boleh dianggap sebagai menghina mahkamah? 

Seorang menteri, Nazri Abd Aziz namanya menyatakan bahawa BERSIH5 sudah berakhir, Najib masih menjadi PM. 

Betul, tetapi agaknya sampai bila? 

Sekalian rakyat sudah bangkit bersuara supaya Najib berundur kecuali UMNO dan komponen BN termasuk PAS. 

Di dalam perjalanan balik dari BERSIH5, GB telah bertemu dengan seorang peserta BERSIH berketurunan India, Shankar yang datang dari Tanjong Malim. 

Beliau berkata dalam ratusan ribu rakyat hadir di perhimpunan BERSIH 5, doa sekurang-kurangnya salah seorang dari kita pasti diperkenankan oleh "Tuan Alla" 

"Najib tidak dapat lari dari kebenaran," ujarnya, 

"Dia sudah merompak harta rakyat. Rakyat kini hidup sengsara, sedangkan dia dan isterinya Rosmah masih hidup berpoya-poya. Tiada pemimpin di dalam dunia ini akan selamat jika begitu sifatnya. Hukum karma akan berjalan. Walaupun Najib menguasai segala institusi kerajaan, para menteri yang kebanyakannya masih mengampunya, tetapi "Tuan Alla" tidak boleh ditipu," tambahnya lagi. 

GB terpegun dengan kata-katanya. Shankar adalah diantara ribuan rakyat yang dapat merasakan kebobrokan rejim Najib dan partinya UMNO, akan musnah akibat dari kezaliman yang dilakukan olehnya. 

Soalnya ialah masa. Katanya masa itu milik Tuhan, Tuhan boleh menghukum pada bila-bila masa yang dikehendaki. 

"Hari ini Tuhan sendiri menyaksikan rakyat bangkit untuk menolak kepimpinan Najib, mana Najib mahu lari lagi?" 

"Kita hidup tidak lama. Tetapi Najib beranggapan dia boleh menongkat langit. Kita akan sama-sama saksikan kejatuhan Najib tidak lama lagi," ujarnya bersemangat. 

"Paling tidak pun satu hari Najib akan mati juga," kata-kata akhirnya sebelum beliau bersalaman dengan saya untuk beredar. 

Demikian keluhan seorang rakyat marhain. Dan memang pun bukan tujuan BERSIH untuk menurunkan Najib secara khusus. Yang dituntut oleh BERSIH 5 ialah pilihanraya yang bersih supaya negara dapat diselamatkan. Kita mahukan pimimpin yang amanah dan yang menjaga kepentingan rakyat. Maka yang itulah yang kita akan dapat! 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.