`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, November 25, 2016

HUDUD ALLAH DAN RASUL LAWAN HUDUD PALSU

Image result for HUDUD and Islam

Paling ramai orang Islam keliru akan kebenaran ajaran Islam.  Dan sedih sekali dalam negara kita paling ramai orang Melayu yang terikut-ikut atau terbawa-bawa dengan ajaran yang mereka diberi faham mewakili Islam tetapi bukan sebenarnya.

Ajaran manusia yang semestinya palsu diangkat sebagai ajaran Islam dan ajaran Rasul padahal hampir kesemua ajaran itu hanya ajaran manusia dan pandita agama.  

Lepas itu terjadi pula ajaran ikut selera dan nafsu para pandita-pandita agama (sami-sami agama) yang juga diangkat sebagai tok guru, mursyidul entah ape dan sebagainya.

Semua ini menjauhkan umat manusia dari Islam yang sebenarnya. Akibatnya hidup mereka jadi susah, keliru, tidak membawa sebarang penyelesaian dan akhir sekali menjadikan mereka miskin.

Antara sebab utama mereka terperangkap dalam jerat sendiri ialah kerana mereka tidak mengikuti ajaran Allah dan RasulNya di dalam Al Quran.  Sebaliknya apa yang di ikuti adalah ajaran yang tiada kaitan dengan ajaran Allah dan RasulNya.

Hijab menjadi kontroversi dan sebutan ramai. Kaum pandita melompat-lompat keseronokkan kerana kontroversi hijab. 

Tetapi apakah ajaran Allah dan RasulNya dalam Al Quran berkenaan hijab.  Kalimah hijab disebut TUJUH kali dalam Al Quran, dalam ayat berikut:

7:46,  17:45,  19:17, 33:53,  38:32, 41:5, 42:51. 

Kalau hijab begitu kontroversi, kenapa pula Al Quran tidak dijadikan panduan untuk mengatasi kontroversi? Apakah ajaran Allah dan RasulNya dalam Al Quran berkenaan kalimah hijab?

Kenapa pula tuan-tuan tidak mahu tahu apa ajaran Allah dan RasulNya dalam Al Quran berkenaan hijab? 

Ikut cakap para ustaz, sesiapa yang tidak mahu mematuhi Al Quran, tidak mahu mengikut Al Quran atau tidak mahu mendengar cakap Al Quran itu adalah orang kafir. Murtad. Sesat.  

Orang yang Anti-Quran adalah kafir. 
Dijamin "dibakar" api. 
Sesiapa yang tidak mahu ikut ajaran ayat Quran adalah kafir. 
Siapa yang benci kepada Quran adalah kafir.

Jadi siapa yang berani Anti Quran? 
Siapa yang tidak mahu ikut ajaran ayat Quran?
Siapa yang benci kepada ayat Quran?
Siapa nak jadi kafir?

Sebaliknya mereka lebih suka mengikuti kitab-kitab yang mereka sendiri tidak mempunyai bukti siapakah penulisnya? 

Mereka kata 'kitab Si-anu' merakamkan ajaran nabi. 

Tetapi kitab Si-anu sebenarnya bukan ditulis oleh Si-Anu pun. 

Kalau di tanya 'Sila tunjuk tulisan asal Si-Anu' mereka tidak boleh menunjukkannya.

Kalau di tanya 'Sila tunjuk original copy kitab Si-Anu' mereka akan terkejut beruk. 

Kitab itu TIDAK PERNAH WUJUD.

Kitab itu TIDAK PERNAH DITULIS OLEH SI ANU PUN.

ORANG LAIN YANG TULIS KITAB-KITAB ITU KEMUDIAN DIJUAL ATAS NAMA SI ANU.

Kalau di tanya 'Sila tunjuk salinan asal kitab Si-Anu itu yang masih di simpan di muzium ke, di universiti ke, di library ke, dalam arkib negara pak arab ke? Boleh tunjuk tak?'

Jawapannya "tidak ada".  Mereka tidak boleh menunjukkannya.

Habis macam mana awak tahu kitab-kitab itu di tulis oleh Si-Anu pun? 
Mana bukti awak?

Jawapannya, "Nanti aku pancung kepala awak". 
 
Itu saja jawapan mereka. Sebiji serupa jawapan anak-anak syaitan ISIS. Bukan saja jawapan otak kerdil tetapi jawapan orang yang ikut telunjuk syaitan.  Muslims under influence of satan.

Akibatnya? Hasilnya? Kesannya? Kesudahannya?

Umat yang keliru, ganas, kecoh, gaduh, bunuh membunuh, kurang inteligen, daif,  tiada daya pemikiran dan tidak berakal. 

Dan apakah penghabisan bagi umat yang sebegini : mereka kekal jadi miskin, papa dan pengemis. 

Balik kepada topik asal kita. Apakah ajaran Allah dan RasulNya dalam Al Quran berkenaan sesuatu perkara?

Jawapannya senang. Kita mesti rujuk al Quran.

Contohnya yang berikut ini adalah berkenaan hudud yang ditetapkan Allah dan RasulNya dalam Al Quran.

Mungkin untuk mengingati  tuan-tuan yang berada dalam keadaan yang amat keliru, Allah dan RasulNya menggunakan kalimah 'TILKA HUDUDILLAH' yang bermaksud 'INILAH HUDUD ALLAH'.

Maksudnya Al Quran memberi penekanan atau MENEGASKAN bahawa 'INILAH HUDUD ALLAH' (TILKA HUDUDILLAH).


65:1  Wahai Nabi! Apabila kamu - hendak menceraikan isteri-isteri, maka ceraikanlah mereka pada masa idahnya dan hitunglah masa itu, serta bertaqwalah kepada Allah, Pemelihara kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya, dan jangan mereka keluar kecuali mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah hudud Allah (TILKA HUDUDILLAH) dan sesiapa yang melanggar HUDUD ALLAH (HUDUDILLAH) maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu.

Tuan-tuan inilah antara HUDUD ALLAH.  Jangan termasuk golongan Anti Quran dan menolak ayat ini.

2:187   Dihalalkan bagi kamu, pada malam siyaam bercampur dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu bagai benang putih  dari benang hitam pada waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah siyaam sehingga malam dan janganlah kamu campuri mereka ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah HUDUDILLAH (TILKA HUDUDILLAH) maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.

Ini pun HUDUD ALLAH ATAU HUDUDILLAH. 

Sila rujuk HUDUD ALLAH yang lain dan HUDUD pada ayat-ayat berikut :

2:229
2:230
4:13
4:14
9:97
9:112
58:4

Jangan rela diperbodohkan atau rela ditipu oleh manusia otak kerdil yang ANTI QURAN sekali.

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.