`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, November 24, 2016

RUU DAN TARIKH PRU: HADI BERI PETANDA PRU SEBELUM MAC 2017, KATA HUSAM

Langkah YB Marang hanya ‘membaca’ usul RUU 355 dengan perbahasan ditangguhkan ke sidang Parlimen akan datang, boleh diterjemah sebagai PRU akan diadakan sebelum Parlimen Mac depan dapat bersidang.
Umno berjaya menggantungkan isu ‘perlaksanaan hudud’ di ‘titik keseimbangan’ atau ‘equilibrium point’.
Ia bagus untuk Pas tidak dilihat gagal dalam pendekatannya. Juga sebagai penyedap rasa untuk berterusan dalam senggama politik antara Pas dan Umno khususnya untuk PRU terdekat.
Umno pula dilihat jujur dalam memartabatkan hukum Islam.
Parti komponen BN pula tidak dilihat dipermainkan.
Ia resipi yang mustajab, win win untuk tiga pihak menghadapi PRU secara ‘smart partnership’.
Dengan itu, adalah selamat untuk menjangkakan:
1. Inisiatif TPM sehari sebelum YB Marang membacakan usul RUU 355 hanya berakhir dengan usul ‘dibaca’ semata-mata.
2. PRU adalah sebelum Ramadhan depan, samada Mac/ April depan bagi mengelakkan RUU 355 dibahaskan sehingga menganggu ‘keseimbangan’ yang terwujud pada hari ini.
2. PAS adalah rakan UMNO- BN dalam permainan ‘segi tiga’ atau “triangle equation’ sampai PRU. Bagi mereka yang masih mengharapkan PAS bersama dengan pakatan pembangkang, akhirnya akan menggigit jari.
3. Matlamat UMNO adalah untuk mendapat majoriti dua pertiga dengan pertolongan PAS.
4. Apa akan jadi dengan RUU 355 selepas PRU adalah ditentukan selepas PRU.
5. Sebahagian rakyat khususnya pengundi Islam akan terperangkap antara sentimen RUU 355 dan isu real seperti himpitan kos hidup, rasuah, penyelewengan, hutang negara dan ancaman krisis kewangan dan implikasi pengaruh Republik Rakyat China ke atas geo politik, ekonomi, sosial dan keselamatan Malaysia.
Yb Dato Hj Husam Musa
24 November 2016/24 Safar 1438

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.