Bagi yang dah lupa.. kat atas tu adalah laporan yang memberikan sebab kenapa Gani Patail ditamaykan perkhidmatannya secara tiba-tiba pada 27 Julai yang lalu..
Alasan beliau ditamatkan perkhidmatan sebagai Peguam Negara adalah atas faktor kesihatan yang menimbulkan keraguan dipihak awam..
Bagaimanapun pada 23 Disember lalu, Gani Patail yang muncul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta kelihatan sihat walafiat..
KUALA LUMPUR, 23 Dis ― Selepas bersara sebagai peguam negara pada Oktober tahun lepas, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya.
Abdul Gani, 61, antara lima orang pelajar yang diterima masuk pada majlis penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara hari ini.
O'Hara berkata selepas membaca permohonan pempetisyen, Abdul Gani yang meminta diterima dan didaftarkan sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya, mahkamah dengan ini menerima Abdul Gani sebagai peguambela dan peguamcara.
“Saya juga memerintahkan Abdul Gani dan penerimaannya sebagai peguam bela dan peguam cara didaftarkan oleh pendaftar,” kata hakim itu.. laporan penuh sila baca di SINI
Kenapa agaknya orang yang tiba-tiba ditamatkan perkhidmatan atasalasan kesihatan suatu masa dulu, sekarang boleh pulak jadi Peguam bela dan Peguam cara di Mahkamah Tinggi?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.