`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
Image result for happy new year 2017

Saturday, December 24, 2016

Jamal nafi keluar kenyataan sindir Siti Nurhaliza kurang subur

Jamal berkata kenyataan rasmi hanya akan dikeluarkan di laman rasmi Facebook atau secara mulut.
Bahasa,-Jamal-Yunus,-Siti-Nurhaliza,-air,-sindir,-media,-nafiPETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos nafi pernah mengeluarkan kenyataan seksis menyindir penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza kerana masih tidak menimang cahaya mata.
Jamal berkata kenyataannya hanya akan dikeluarkan di laman rasmi Facebook dan menambah Siti Nurhaliza berhak membuat komen terhadapnya.
“Kamu tambah-tambah yang Siti Nurhaliza itu apa benda? Bila masa saya buat kenyataan? Mana dia, kiriman WhatsApp (sindiran terhadap Siti Nurhaliza)? Mana dia, ‘print screen’ bagi dekat saya.
“Saya tidak ada. Kamu jangan nak pandai-pandai tambah cerita. Kalau saya keluarkan, di dalam Facebook ada tidak? Saya keluar kenyataan rasmi saya di dalam Facebook saya.
“Kalau dalam ‘group’ WhatsApp kamu nak ambil, itu masalah. Takkan kamu sebagai media yang mempunyai pembaca dan pengunjung yang ramai, kamu nak ambil perkara tidak sahih,” katanya kepada FMT.
Rabu lalu, Jamal berjalan ke bangunan setiausaha kerajaan Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan bekalan air besar-besaran di sekitar Lembah Klang.
Siti antara mereka yang mengkritik “protes tuala” Jamal. Penyanyi popular itu memuat naik gambar Jamal muncul di pintu pagar utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan hanya bertuala ke Instagram.
Jamal kemudiannya dilaporkan membalas kritikan Siti dengan kenyataan seksis menyindir penyanyi itu masih belum menimang cahaya mata. Tindakan yang dikatakan dilakukan Jamal itu mengundang kecaman orang ramai.
“Siti Nurhaliza nak komen pasal saya, itu terpulang kepada dia. Beliau seorang penyanyi popular dan tersohor di negara kita.
“Saya juga peminat beliau sebelum dan selepas kahwin. Sehingga sekarang saya peminat Siti Nurhaliza. Komen dia terhadap saya mengenai isu masyarakat, rakyat terjejas, kehidupan harian kerana tidak mempunyai air,” kata Jamal.
Jamal berkata dia memohon maaf kepada Siti kalau betul dia melakukannya, tetapi dia tidak pernah membuat kenyataan itu.
“Media pula disarankan memberikan berita yang sahih. Jangan berita tidak sahih kamu nak ambil. Kamu dapatkan sumber daripada mulut, kamu rakam, saya akur. Tetapi kalau kamu nak ambil daripada komen-komen, gurauan dalam group WhatsApp, adakah ini sumber rasmi?
“Jadi saya, tidak pernah keluarkan kenyataan seperti kamu komen. Saya lihat FMT yang keluarkan itu. Yang lain-lain tidak ada. Jadi perkara tidak sahih kenalah pastikan sumber itu kenyataan daripada saya.
“Kalau kenyataan saya, saya akan bertanggungjawab sepenuhnya. Tetapi kenyataan itu bukan daripada saya. Kamu tanggunglah sendiri. Hari ini saya akan buat kenyataan balas,” katanya. -FMT

1 comment:

  1. KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
    Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
    KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…

    *angka ritual gaib singapura

    *angka ritual gaib hongkong

    *angka ritual gaib malyaisia

    *angka ritual gaib sidney

    *angka ritual gaib kuda lari.

    ReplyDelete