`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!
Image result for selamat berpuasa

Wednesday, December 14, 2016

Sebar Gambar Najib Solat, Menteri 'Dibahan', Terlalu Kuat Bodek, Dapat Banyak Dedak Ke Sindir Netizens.

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkuatkuasa pada 29 Julai 2015. Baru setahun dan lebih sikit 'Pak Ustaz' kita menjadi Timbalan Menteri.

Namun Dr. Asyraf Dusuki ini cukup dikenali dikalangan pemerhati dan pengikut politik tanahair berikutan kelantangannya membela Najib sejak-sejak dilantik sebagai Timbalan Menteri bahkan gemar menggunakan hujah-hujah dan dalil-dalil agama bagi membenarkan setiap tindak-tanduk kerajaan ke atas rakyat jelata.

Baru-baru ini 'Doktor Ustaz' kita telah menyebarkan satu gambar.



Katanya ;


Sesampai di masjid kelmarin untuk sambutan Maulidur Rasul kira-kira 5.45 petang, YAB Perdana Menteri berbisik kepada saya yang dia belum solat Asar lagi. Terus saya iringi dan bawa beliau ke sudut masjid kerana dewan utama solat sudah dipenuhi hadirin, untuk beliau menunaikan tanggungjawab kepada Yang Maha Berkuasa. Moga Allah pelihara dan kurniakan beliau hidayah dan inayah dalam mentandbir negara ke arah yang dirahmati dan diberkati Allah.

Versi 3 kali edit.



Kenapa mesti 3 kali edit? Aku pun taktau la kenapa. Baca kandungan ayat, maksud lebih kurang je walau ada di edit beberapa patah perkataan. Ejaan yang salah masih kekal salah juga.

Apa yang berlaku ialah, 

Timbalan Menteri kongsikan gambar Najib Razak = PM sedang bersolat Asar. Najib belum menunaikan solat dan Timbalan Menteri tersebut snap gambar Najib sedang bersolat di ceruk-ceruk kononnya dewan utama masjid dipenuhi hadirin.

Selepas disnapnya gambar Najib dikongsikan pula di media sosial. Satu medium yang mana mendorong kepada kontroversi. Ini kerana di laman sosial terdapat pelbagai jenis masyarakat. Masyarakat ini tidak semuanya sehala secorak senada dalam aliran dan pemikiran politik mereka.

Oleh kerana tindakan ini dilakukan oleh seseorang yang pakar agama = doktor ustaz dan bukannya manusia yang bingai agama macam aku dan kau, maka ianya lebih mengundang persoalan.

Netizens mengutuk tindakan Timbalan Menteri dan Najib turut terpalit dengan kutukan juga.

Najib pada awalnya hanya mahu bersolat aman-aman, damai-damai sehinggala ianya dikecohkan, diviralkan dan disensasikan oleh Timbalan Menteri "AGAMA" kita.

Bagi netizens mereka membaca tindakan doktor ustaz itu sebagai satu tindakan membodek. Dan ianya sangat menjengkelkan kerana dilakukan secara keterlaluan.

Namun satu tindakan yang boleh dipuji oleh doktor ustaz kita ialah dia tidak lari daripada kritikan. Tidak berdiam diri malahan menjawab kepada hampir kesemua kritikan-kritikan yang mendapat LIKES tertinggi di laman fbnya.

Keberanian yang bagus tetapi sayangnya digunakan bagi mempertahankan Najib. Menjadi sia-sia.

Meskipun komen di atas posting tersebut mencecah ke angka ribuan komen namun ramai yang memilih menyindir dan mengutuk tindakan tersebut. Malahan yang SHARE juga memilih langkah yang serupa. Mereka memerli sebaran gambar berkenaan. Walaupun begitu masih terdapat komen-komen yang memuji dan mempertahankan Najib dan Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Bukan semuanya memilih untuk membidas perkongsian gambar tersebut. 

Respon doktor ustaz. Mungkin kerana bengang melayan kritikan account-account 'fake' kononnya.



Antara kritikan netizens dalam mengulas perkongsian gambar tersebut.





Pandangan aku, bagi aku bukanlah salah berkongsi gambar-gambar sebegini jika kita di pihak ketiga. Mungkin kita nak menyatakan sesuatu, menunjukkan sesuatu, membuktikan sesuatu.

Tetapi, ya ada tapinya, aku tidak akan bersetuju, berkompromi mahupun bertolenrasi jika gambar ini digunakan untuk mewujudkan persepsi Najib itu baik amalan (agamanya) maka baikla dia sebagai pemimpin.

Aku membaca sebahagian komen-komen di dalam thread tersebut yang semudah ABC "cayor" dengan gambar2 sebegini seolah-olah bagaikan manusia yang tak punya maruah diri.

Ia bukan perkara baru, agama dijadikan alat propaganda bagi mewujudkan persepsi baik ke atas imej pemimpin. Agama dijadikan topeng bagi mendapatkan sokongan. Malangnya sebahagian pengomen-pengomen di thread tersebut terlalu lembik, lemah, dangkal, mudah diperbodohkan hanya dengan satu gambar sebegini. 

Dengan melihat gambar sebegini, mereka melemahkan kritikan ke atas Najib sebab termakan dengan propaganda berelemenkan islamik. Sebenarnya tak perlu kutuk pun. Puji pun tak perlu. Diam tiada respon dah cukup bagi mengelak diri diperbodohkan. Kalau mengkritik lagi bagus. Ia menunjukkan ketegasan betapa kita enggan terpedaya dan terjerumus.

Mentaliti rakyat yang mudah termakan propaganda membantu talian hayat BN dalam memperbodohkan bangsa melayu dengan menggunakan tajuk agama.

Kalau komen-komen di thread tersebut ialah mewakili majoriti di Malaysia alamatnya jauh lagi la nak mengubah pentadbiran negara. Mungkin hanya dengan konsep sekularisma, mengasingkan tajuk agama dan pentadbiran dapat membentuk pemikiran rakyat agar menjadi lebih stabil, terdidik dan tersusun. 

What? Sekularisma? Konsep kafirr? Dajjal? Bertenang semua. Sepertimana dalil Quran dicemarkan dengan agamawan pro pemimpin penindas pada masakini, seperti itulah konsep sekularisma diselewengkan dari maksud sebenar. Kita buka tajuk tu lain kali. Kbai.

1 comment:

  1. Hal yang tidak pernah terbayankan kini jadi kenyataan kepada keluargaku,,,kusus untuk AKI SANTOJOYO kami ucapkan banyak terimakasih yang sebesar-besarnya kepada aki. karena berkat bantuannya alhamdulillah keluarga kami bisa lepas dari hutang dan masalah, karena nomor “GAIB” untuk pasang togel, hasil ritual AKI SANTOJOYO memang benar-bener merubah nasib kami hanya sekejap,dan disitulah aku berkesempatan kumpulkan uang untuk buka usaha kembali,karena rumah juga sudah disita bank,,warung makan juga sudah bangkrut,,tapi itu semua aku masih tetap bertahan hidup dengan anak istriku,,walau cuma ngontrak tapi aku tetap bersabar dan akhirnya AKI SANTOJOYO lah yang bisa merubah nasib kami..maka dari itu AKI SANTOJOYO orang paling bersejarah di keluargaku…!!!jadi kepada teman-teman yang di lilit hutang dan ingin merubah nasib seperti saya silahkan hub AKI SANTOJOYO di nomor: 085211599919 atau silahkan KLIK DISINI dan dengan penuh harapan yakin dan percaya insya allah apa yang anda ingingkan pasti tercapai.

    ReplyDelete