`




THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Wednesday, December 14, 2016

ZAHIDA NAFI LETAK JAWATAN MT UMNO

PETALING JAYA – Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno, Zahida Zarik Khan menafikan khabar angin berhubung peletakan jawatannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.
Beliau berkata dakwaan itu tidak benar dan ia hanyalah rekaan semata-mata. Harap tiada yang mempercayainya,” katanya dalam satu kenyataan pada malam Rabu.
Media dikejutkan dengan mesej sebaran Jemputan Sidang Akhbar mengenai peletakkan jawatan Zahida sebagai Ahli MT Umno yang dijadualkan kira-kira pukul 3 petang Jumaat.
“Dimaklumkan bahawa Pn. Zahida Zarik Khan selaku Naib Ketua Puteri Umno Malaysia akan mengadakan satu sidang media bagi menyatakan hasrat meletak jawatan.
“Sehubungan itu, kami berbesar hati menjemput wakil media dan jurufoto daripada organisasi tuan/puan untuk membuat liputan majlis sidang media tersebut,” demikian menurut mesej tersebut.
Zahida bagaimanapun menyifatkan tindakan penyebaran jemputan tersebut sebagai berniat jahat dan bertujuan menjejaskan reputasinya sebagai Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno.
– Mstar

No comments:

Post a Comment