`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, March 1, 2017

SIAPA KATA LAWATAN RAJA SALMAN SUDAH MELENYAPKAN ISU WANG RM2,600 JUTA?

Saudi Arabia's King Salman speaks with Malaysia's Prime Minister Najib Razak during a Memorandum of Understanding signing ceremony in Putrajaya, Malaysia February 27, 2017. REUTERS/Edgar Su
Sebagaimana yang dijangka, lawatan Raja Salman bin Abdul Aziz al-Saud, pemerintah Arab Saudi ke negara ini akan cuba dimanfaatkan sebaiknya, antara lain untuk mengambus isu wang RM2,600 juta yang diterima Najib Razak melalui akaun peribadinya.
Tidak saja penyokong dan pengampu Najib serta askar siber 6.6 peratus yang ghairah berbuat demikian, bahkan seorang profesor universiti juga bersikap sama.
Hujah mereka tidak lain ialah jika wang yang diterima Najib itu bukan benar-benar derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi, tidak mungkin Raja Salman sanggup mencemar duli mengadakan lawatannya ke Malaysia ini.
Makna kata, hujah mereka ialah dengan datangnya Raja Salman itu ia dengan sendirinya mengesahkan wang yang diterima Najib itu adalah derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi.
Malah Profesor universiti yang tak pernah dikenali itu berkata lagi, kehadiran Raja Salman bukan saja mengesahkan wang itu datang daripada keluarga Diraja Arab Saudi, malah juga diberikan berdasarkan pencapaian dan usaha Najib memartabatkan Islam di negara ini dan juga di peringkat global.
Amboii…agak-agak lerr dan pandanglah kiri kanan dulu kalau ia pun nak mengampu Najib sampai begitu tinggi!!
Kalau Anwar Ibrahim tidak berada di penjara ketika ini, pastilah digelarnya profesor sedemikian itu sebagai “profesor kangkung” yang bukan saja mencemarkan nama universiti, tetapi juga ketamadunan ilmu dalam menilai sesuatu perkara.
Jika diimbas kembali, walaupun tidak dinamakan siapa kerabat Diraja Arab Saudi yang didakwa memberi wang kepada Najib itu, paling mungkin ia adalah Putera Turki Abdullah al-Saud, pemilik PetroSaudi yang diketahui ada urusniaga dengan 1MDB.
Kerabat-kerabat yang lain tidak mungkin boleh dikaitkan dengan derma kepada Najib kerana mereka tidak ada apa-apa urusniaga atau kepentingan untuk berbuat demikian.
Bak kata Tun Mahathir Mohamad, orang gila pun tak mungkin sedia menderma sebanyak itu tanpa apa-apa sebab, lebih-lebih lagi jika difahami perangai orang Arab itu sendiri.
Ayah Putera Turki, Raja Abdullah al-Saud adalah Raja Arab Saudi sebelum Raja Salman dan sudah meninggal dunia pada penghujung 2015 yang lalu.
Sebaik Raja Salman menaiki takhta, antara tindakan yang diambilnya ialah memecat Putera Turki sebagai Gabenor Riyadh untuk mengukuhkan lagi cengkaman kuasanya.  
Dalam konteks ini, jika pun ada yang masih mempercayai wang RM2,600 juta itu sebagai derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi, Raja Salman jelas telah lama menjarakkan dirinya dengan perkara tersebut.
Dalam erti kata lain, lawatan beliau ke Malaysia tidak boleh lagi dikaitkan dengan mana-mana kerabat yang mungkin boleh dikaitkan dengan Najib.
Selain itu, harus juga difahami bahawa lawatan Raja Salman bukan saja ke Malaysia, tetapi juga ke Indonesia, Jepun dan juga China. Di Malaysia, singgahnya beliau hanya empat hari berbanding di Indonesia selama 10 hari, termasuk berehat di Bali selama enam hari.
Tetapi di Indonesia, mereka tidak kecoh-kecoh dengan lawatan Raja Salman kerana Jokowi tiada apa-apa yang mahu dibersihkan dengan kunjungan Penjaga Dua Kota Suci itu.
Media-media antarabangsa pula melaporkan lawatan Raja Salman ke beberapa negara Asia kali ini adalah dalam misi untuk menjual IPO Aramco, syarikat minyak milik Arab Saudi.
Jika kita berpegang kepada bukti nyata dan penemuan di Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura, wang RM2,600 juta itu bukanlah derma sesiapa, sebaliknya lencongan daripada dana 1MDB yang dicuri.
Dalam kertas pendakwaan Jabatan Kehakiman Amerika, jelas disebut sejumlah AS$731 juta atau lebih RM3,000 juta keseluruhan wang 1MDB yang dilencongkan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi “Malaysian Official 1”.
Di Switzerland, Jabatan Peguam Negaranya juga mendapati penemuan yang sama dan memohon kerjasama MLA daripada Malaysia bagi siasatan dan pengesahan lanjut. Malangnya, dua kali pernohonan MLA itu ditolak oleh Peguam Negara kita.
Jika tiada apa-apa yang ingin dilindungi, mengapakah kita takut untuk memberi kerjasama MLA kepada pihak berkuasa Switzerland?
Di Singapura, selain lima orang sudah dihukum penjara dan dua buah bank ditutup angkara 1MDB, menjadi fakta mahkamah juga bahawa Tanore Finance, syarikat yang dibuktikan menyalurkan wang ke dalam akaun peribadi Najib di Ambank itu adalah kepunyaan Eric Tan Kim Loong.
Lebih mengejutkan turut disahkan di mahkamah Singapura bahawa Eric Tan dan Jho Low adalah orang yang sama yang mempunyai dua passport berbeza. Wang tersebut disalurkan melalui BSI Bank, cawangan bank Switzerland yang diarahkan tutup oleh pihak berkuasa kewangan Singapura.
Berdasarkan bukti yang nyata dan penemuan sahih di beberapa negara, wang RM2,600 juta dalam akaun peribadi Najib itu tidak ada kaitan sama-sekali dengan derma atau kerabat Diraja Arab Saudi.
Jadi, mengaitkan wang yang diterima Najib kononnya tidak lagi menjadi isu dan sudah lenyap dengan kedatangan Raja Salman agak kelakar bunyinya dan tidak masuk akal, kecuali memang kita tidak mahu melihat fakta-fakta kebenaran yang ada di depan mata.
Raja Salman melawat Asia, termasuk Malaysia adalah atas agenda yang lebih besar untuk kepentingan Arab Saudi. Beliau tidak mungkin bercakap mengenai wang dalam akaun peribadi Najib kerana ia tidak berkait dengan kepentingan Arab Saudi, lagi pun mustahil mereka tidak membaca portal berita antarabangsa seperti WSJ, NY Times, Guardian dan sebagainya.
Hanya golongan pengampu dan perasan saja yang merasakan lawatan Raja Salman telah melenyapkan isu RM2,600 juta. Isu tersebut bukan saja terus ada, malah dengan datangnya Raja Salman ia membuatkan lebih ramai yang percaya dana itu bukan derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi, kecuali Raja Salman sendiri dapat mengesahkannya atau Najib berani meminta Penjaga Dua Kota Suci itu untuk membersihkan namanya.
Lagi pula, kedatangan Raja Salman tidak sama sekali membuatkan kes di seluruh dunia berkaitan dana 1MDB tergugur begitu saja. Kita tunggu saja hasil perbicaraannya nanti.
– http://shahbudindotcom.blogspot.my

1 comment:

  1. Assalamualaikum.Wr.Wb.Perkenalkan nama saya syaripuddin tki brunei dari kota papua. Salam buat
    teman saudara di mana pun anda berada . Smoga apa yg saya
    sampaikan ini bisa bermamfaat buat saudara
    semuanya dan tujuan
    saya hanya ingin berbagi buat saudara semuanya….SAYA Sdh Hampir 8 Tahun bekerja sbgai (TKW) di
    MALAYSIA. Gaji Rp 3.500.000/bulan. Itupun jka lembur
    smaleman,gaji di naikkan. Tiap kali Sya tringat sma
    KELUARGA di Kampung. Mngkin KANGEN,krn sdh lama
    tdk ketemu. Sbgai Ank ke-1,Sya wajib mmbantu
    KELUARGA. Mka dri itu tiap bulan Mngirim : 1/2 Uang dr Gaji Bulanan yg Sya Trimah. Smua ini ku lkukan sbgai
    Rasa Hormat,Tnggung Jwab,& sbgai Tlang Punggung
    KELUARGA. Bsa Memenuhi Kebutuhan Prekonomian
    KELUARGA tiap Bulannya. Agar bisa MENGURANGI BEBAN
    PIKIRAN,MASALAH srta DERITA yg slma ini KELUARGA
    Sya alami hingga kni. Alhamdulillah. #DOA .SAYA.SEKELUARGA.TERKABULKAN# Kmrin,saat Lembur
    tngah malam,ada satu Krabat/Tman TKW dtang &
    berbcra pnjng Lbar dgn Sya. Mngenai (SOLUSI) dri smua
    mslah yg Sya Sekeluarga alami. Dberiknlah Sya
    No.Ponsel : => +6285-320-272-221 aki sukarwo, Pda
    saat itu Sya lansung HUB/TELPON aki sukarwo. Sya Berbcara dgn aki sukarwo sngat Lama dan
    Membrithukn tntang smua PERMASALAHAN yg slma
    ini Sya SEKELUARGA Rasakan dan Mengalaminya.
    SYUKUR mbah tarso Mengerti tntang apa yg
    Sya Rasakan SEKELUARGA. Dbrikanlah #SOLUSI/ JALAN# agar smuanya HILANG dari Kehidupan Sya
    SEKELUARGA & tdk akan trulan kmbli. Dlm Hati Sya
    brkta.#AMIN#.agar ini mnjdi KENYATAAN.”SUMPAH DEMI TUHAN” Ini
    Bener2 TERBUKTI & MENJDI KENYATAAN di dlm Khdpan
    Sya. Awalx Sya tdk prcaya smua ini,tapi KEYAKINAN
    Sya sngt meyakinkan ini psti,dan Sya Melaksanakn
    prosedurnya yg di
    Perintahkn aki sukarwo Dan akhirnya Sya sngat kaget dan tak bisa berkata-kata lgi,Melihat & Men
    dengar ini Benar2 TERJADI.. Apabila Krabat/Tman2 TKW
    Ingin Sperti Sya. Kmarin Menang
    Dpt : Rp250juta
    Slhkn HUB/TELPON Lansung aki sukarwo di : => ? +6285-320-272-221 Dimna aki sukarwo Siap & Sanggup Membntu Kerabat/Tman2 TKW”JP” hari ini.
    Sya SEKELUARGA sngat brsyukur skali,krn skarng
    HIDUP Sya sdh tdk MISKIN lgi. hingga saat ini Sya sdh
    Membuka USAHA bru & punya Tabungan Sndri di
    BANK,srta bsa membantu KELUARGA di Kampung. Ini
    smua yg Sya Proleh & Miliki Sndri,Berkat aki sukarwo Kerabat/Teman2 TKI/TKW..,yang ingin merubah
    nasib seperti saya silahkan tlpon, aki sukarwo di
    nomor. => ? +6285-320-272-221 beliau tidak menerima sms
    dan BUAT TKI/TKW YANG MAU PULANG
    KAMPUN untuk BERTEMU sama keluarga nya, aki sukarwo MEMBUKA KESEMPATAN UNTUK JACPOT MALAYSIA-SINGAPURA-HONGKONG-THAILOTRY-LOTTO -TOTO-MAGNUM DLL MENYEDIAKAN
    MULAI DARI 2 ANGKA SAMPAI 6 ANGKA TERGANTUNG
    ANGKA YANG ANDA MINTA SAMA aki sukarwo .TERIMA
    KASIH WASALAM jika blum yking >>>klik di sini bocorang togel 2D 3D 4D 5D 6D PESUGIHAN <<<<

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.