`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, February 3, 2017

TUN ABDULLAH DIGESA LETAK JAWATAN

ALOR SETAR – Pertubuhan Bantuan Bertindak Negeri Kedah (PBBNK) mendesak supaya Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) ekoran berlaku kenaikan harga minyak yang membebankan ramai pengguna.
Pengerusinya, Thana Chew Ne Meng berkata, desakan itu dibuat kerana bekas perdana menteri itu dilihat seolah gagal mengurus tadbir dan menangani isu kenaikan harga minyak negara
“Beliau tidak layak menjawat jawatan itu kerana membiarkan rakyat menderita dengan kenaikan harga minyak lagi pada bulan ini setelah berlaku kenaikan yang sama pada bulan lalu.
“Ini sudah tentu membebankan pengguna terutama sekali yang berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya kepada media, semalam.
Menurutnya, pihaknya juga amat menyesali apabila bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 April 2010 mendedahkan bahawa Malaysia di bawah pentadbiran Abdullah secara diam-diam menyerahkan dua blok medan minyak Blok L dan Blok M kepada Brunei.
“Tun Mahathir pada ketika itu sebagai Penasihat Petronas menyatakan Malaysia menuntut dua blok itu berasaskan sejarah.
“Dikatakan juga pihak Petronas tidak mengetahui penyerahan medan minyak itu,” katanya.
Berikutan itu, satu laporan telah dibuat PBBNK  kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, semalam untuk memastikan supaya suatu siasatan dapat dilaksanakan.
– Sinar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.