`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, May 11, 2017

Arab Saudi jemput Najib sertai sidang bersama Donald Trump

Sidang pada 21 Mei itu akan turut membincangkan isu keganasan.
arab-saudi-najib-donald-trumpPUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menerima jemputan daripada kerajaan Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat pada 21 Mei, di Riyadh, Arab Saudi.

Jemputan itu disampaikan Menteri Kebudayaan dan Informasi Arab Saudi Dr Awwad Salleh Al-Awwad ketika mengadakan pertemuan dengan perdana menteri di pejabatnya di Perdana Putra di sini hari ini.
Menurut jurucakap Kementerian Luar, sidang kemuncak sehari itu dijangka turut dihadiri Presiden Amerika Syarikat Donald Trump serta pemimpin negara Islam lain.
Katanya acara itu antara lain akan membentangkan beberapa perkara termasuk isu keselamatan dan keganasan.
Awwad yang tiba di Malaysia semalam akan terbang ke Indonesia hari ini dan dan seterusnya ke Brunei untuk menyampaikan serupa kepada kedua-dua negara jiran itu. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.