`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, May 15, 2017

Jamilah ikrar teruskan legasi Adenan

Jamilah akui tanggungjawab besar yang dipikulnya untuk meneruskan legasi bekas suaminya.
jamilah-anu_adenan_6001

KUCHING: Legasi kepimpinan cemerlang Tan Sri Adenan Satem di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu akan diteruskan dan ditambah baik dengan pelbagai rancangan baharu, kata balunya Datuk Jamilah Anu pada persidangan DUN Sarawak hari ini.
Beliau berkata semua perancangan ketua menteri Sarawak Ke-5 di kawasan Tanjong Datu semasa hayatnya akan diteruskan selain beliau berusaha melaksanakan rancangan baharu untuk pembangunan di kawasan berkenaan.
Jamilah, yang memenangi kerusi DUN Tanjong Datu pada pilihan raya kecil Februari lepas susulan kematian Adenan 11 Januari lalu akibat komplikasi jantung, berkata demikian dalam sesi perbahasan usul penghargaan terhadap ucapan Tuan Yang Dipertua Negeri Sarawak pada kemunculan sulungnya di persidangan DUN Sarawak di sini.
Pada satu ketika, dalam nada yang sebak, Jamilah berkata ketokohan Adenan membangunkan Tanjung Datu dan Sarawak secara keseluruhannya memang diakui ramai sebagai amat sukar ditandingi.
Jamilah juga memberitahu beliau faham mengenai tanggungjawab besar yang dipikulnya untuk meneruskan legasi arwah Adenan.
Sehubungan itu, beliau tekad memberi tumpuan kepada bidang pendidikan dan memastikan setiap keluarga di Tanjung Datu mempunyai sekurang-kurangnya seorang anggota keluarga yang memiliki sekurang-kurangnya kelulusan diploma.
Sambil menyatakan tentang pentingnya usaha memajukan bidang pendidikan bagi pembangunan mantap negeri, beliau turut memuji langkah Ketua Menteri Datuk Abang Johari Tun Openg yang mewujudkan portfolio pendidikan dalam Kabinet Sarawak baru-baru ini.
Jamilah juga memuji usaha kerajaan Persekutuan membangunkan projek mega Lebuhraya Pan Borneo, khususnya laluan sepanjang 33km yang menghubungkan kawasan Teluk Melano dengan Sematan, yang menurutnya akan mengubah landskap pembangunan di Tanjong Datu.
Beliau turut mengingatkan beberapa isu berkaitan pembangunan lebuh raya itu yang perlu diambil kira seperti pemeliharaan alam sekitar, dan aspek kawalan keselamatan, khususnya di kawasan yang berhampiran dengan sempadan negara.
Jamilah juga berkata janji para pemimpin persekutuan dan negeri semasa berkempen pilihan raya kecil di kawasan itu haruslah dikotakan sebelum pilihan raya umum diadakan. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.