`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, May 18, 2017

Jenayah Berlaku Di Depan Mata Najib, Mengapa Tiada Tindakan?

Peguam persoal Najib tidak kutuk jenayah depan mata oleh Mat Over 

Peguam dan Ahli Parlimen PKR N Surendran hari ini mempersoalkan kegagalan Datuk Seri Najib Razak mengutuk kelakuan jenayah yang disaksikan olehnya ketika sesi Dialog Transformasi Nasional (TN50) di kediaman rasminya di Putrajaya malam tadi. 

“Amat mengejutkan dan tidak boleh diterima yang perdana menteri Malaysia, selepas menjadi saksi dari jarak dekat jenayah berbentuk kekerasan ini, langsung tidak mengutuk atau menegur,” kata Surendran. 


Beliau merujuk program Najib bersama “penggiat seni” yang dipengerusikan pelakon Datuk Rosyam Nor, yang menyaksikan pengarah filem Datuk David Teo tampil mempersoalkan Rosyam yang tidak memberikan peluang kepada mereka yang berada di barisan belakang mengajukan soalan. 

Bagaimanapun, selepas dibenarkan meneruskan soalan kepada Najib, pelakon Sulaiman Yassin yang dikenali dengan panggilan “Mat Over” tiba-tiba meluru dan menampar Teo, menyebabkan pergelutan sehingga memaksa pasukan keselamatan meleraikan keadaan. 

Walaupun kedua-dua mereka kembali ke pentas di akhir sesi dan bermaafan, Mat Over berkata beliau tidak menyesali perbuatannya, malah berkata ia perlu supaya mengajar Teo yang menurutnya biadap terhadap Najib. Surendran berkata polis perlu menyiasat kejadian itu dan undang-undang perlu dihormati. 

“Apabila sesuatu jenayah berlaku, PM atau sesiapa pun tidak berhak menyelesaikan perkara itu (di luar kerangka undang-undang),” kata Surendran. 

Menurutnya, Mat Over boleh didakwa di bawah Seksyen 351 dan 321 Kanun Keseksaan atas tuduhan melakukan serangan dan sengaja menyebabkan kecederaan. 

Surendran turut menyeru Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyiasat insiden itu. 

“Identiti penyerang dapat disahkan dengan jelas menerusi rakaman video insiden itu. 

“Walau apa pun, kedaulatan undang-undang perlu dipertahankan.” -FMT 

'Insiden penampar bukti budaya bodek menjadi-jadi'

Insiden kekasaran di depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi memalukan seluruh negara, kata pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Mujahid Yusof Rawa.

“Budaya bodek sudah semakin menjadi-jadi dan hanya membuktikan kesetiaan golongan artis kepada PM,” kata Mujahid.

“Inilah budaya TN50 (Transformasi Nasional 2050) yang akan merosakkan masa depan politik Malaysia?

Dalam insiden malam tadi, pengarah filem David Teo dikasari di depan Najib semasa sesi dialog TN50 berkaitan industri seni di kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya.

Ia bermula apabila Teo mempertikaikan pengendalian pengacara majlis Rosyam Nor yang didakwa tidak memberi peluang sama rata kepada hadirin untuk memberi pandangan.

Tidak puas hati dengan tindakan itu yang didakwa “tidak beradab”, rakan artisnya Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over melulu ke pentas dan cuba menamparnya.

Berlaku pergelutan seketika sebelum dileraikan. Najib bagaimanapun tenang ketika kejadian.

Melalui WhatsApp dalam reaksi segeranya susulan insiden itu, Mujahid berkata golongan artis tidak harus dicemari dengan budaya bodek atau diracuni dengan amalan perkauman.

Beliau juga kesal penyebaran rakaman video kejadian yang kini viral tetapi cuba dikaitkan dengan unsur-unsur perkauman hanya kerana mangsanya Cina dan penyerangnya Melayu.

“Mesej daripada insiden penampar ini jelas, budaya bodek boleh rosakkan imej PM,” kata Mujahid.
-mk




ULASAN GB 

Insiden jenayah berlaku di depan mata seorang Perdana Menteri. Dan seperti yang dinyatakan oleh peguam di atas tiada tindakan diambil ke atas orang yang melakukan jenayah itu. 

Apakah kerana Mat Over itu seorang ahli UMNO lantaran itu tidak ada tindakan dikenakan ke atasnya? 


Keadaan mungkin berbeza jika yang menyerang itu bukan UMNO dan yang kena serang itu ialah ahli UMNO! 

Kepada Ketua Polis Negara, bertindak dan berlaku adillah di dalam profesion kamu! -Kelab Greenboc

2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.