`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, May 20, 2017

Maria Chin bidas Ku Nan tidak hormati wanita

Kenyataan Tengku Adnan menunjukkan masih ada ahli Parlimen yang tidak faham kesamarataan jantina atau menghormati wanita, kata Pengerusi Bersih 2.0.
maria-chin_Tengku-Adnan_600

PETALING JAYA: Kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai pemakaian wanita menunjukkan masih ada wakil rakyat yang tidak tahu untuk menghormati wanita atau gagal melayan mereka secara sama rata.
“Kenyataan Tengku Adnan menunjukkan masih ada ahli Parlimen yang tidak faham kesamarataan jantina atau menghormati wanita,” kata Pengerusi Bersih 2.0 ini dalam ucapannya pada Kongres Wanita PKR ke-12 di sini hari ini.
Beliau dijemput sebagai tetamu kongres yang diadakan di Pusat Sivil Petaling Jaya di sini.
Semasa dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di ibu negara kelmarin, menteri Umno itu secara berseloroh menyarankan agar wanita berpakaian comot bagi mengelak diganggu di khalayak ramai.
Tengku Adnan berkata demikian ketika respons kepada pandangan seorang ahli Puteri Umno yang melahirkan rasa bimbang mengenai keselamatan, terutamanya 2 anak perempuannya memandangkan kes rompak, culik dan gangguan terhadap perempuan mutakhir ini, dan meminta kerajaan meningkatkan keselamatan.
Maria menambah, sikap seperti itu barangkali menjelaskan mengapa aktivis wanita mahu memperbaiki undang-undang untuk keselamatan perempuan dianggap “feminis gila”.
“Laporan polis dibuat terhadap kami untuk menutup mulut wanita. Untuk melakukan perbuahan, kita tidak boleh takut bercakap benar. Sudah terlalu lama kita berdiam diri. Cukuplah,” katanya.
Sebelum itu, Maria bersama 2 aktivis wanita lain, Mariam Mokhtar dan Anis Shafiqah Md Yusof diberi anugerah “Wanita Berdaya Harapan Negara” atas sumbangan mereka kepada masyarakat.
Pada 18 November lalu, Maria ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 sehari sebelum tunjuk perasaan Bersih 5, yang diadakan sebagai bantahan kepada skandal berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Anis pula pernah menganjurkan tunjuk perasaan #TangkapMO1 di ibu negara, menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap “Malaysian Official 1” yang disebutkan dalam siasatan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ke atas skandal berkaitan 1MDB.
Lembaga displin Universiti Malaya mendapati Anis bersalah melanggar kod kelakuan pelajar, menyebabkan gangguan awam dan mencemar nama baik universiti susulan penglibatannya dalam tunjuk perasaan tersebut.
Sementara itu, anugerah kolumnis Mariam pula diterima oleh Halidah Ali bagi pihaknya.
Anis dalam ucapan ringkasnya menggesa setiap wanita menjadi inspirasi kepada wanita lain, dan terus memperjuangkan hak asasi manusia.
Mariam, melalui rakaman video berkata, akan terus menulis meskipun berdepan sekatan mengenai penulisan yang menyentuh mengenai Islam dan pimpinan negara.
Dalam hal berkaitan, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dalam ucapanya berkata, walaupun 64% wanita menerima pendidikan tertiari, golongan itu masih diketepikan dari jawatan tinggi.
Beliau memberi contoh 303,716 guru atau 80% adalah wanita tetapi hanya 3,580 adalah pengetua.
Di peringkat tertiari pula, 11,931 daripada 21,077 pensyarah adalah wanita tetapi hanya sebilangan memegang jawatan tinggi.
Kongres Wanita berakhir hari ini. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.