`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, May 20, 2017

Portal dakwa Zakir Naik peroleh warganegara Saudi

Portal Middle East Monitor melaporkan, Raja Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud telah campur tangan untuk menganugerahkan Zakir kewarganegaraan bagi mengelak beliau daripada ditahan Interpol.
Raja-Salman-zakir-naikPETALING JAYA: Pendakwah berkontroversi dari India, Dr Zakir Naik yang dikehendaki pihak berkuasa negara itu, dilaporkan memperoleh kewarganegaraan Arab Saudi.
Bagaimanapun ia tidak memberi butiran bila Zakir, yang turut menjadi bahan berita di negara ini, dianugerahkan kewarganegaraan oleh Arab Saudi.
Portal Middle East Monitor melaporkan, Raja Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud telah campur tangan untuk menganugerahkan Zakir kewarganegaraan bagi mengelak beliau daripada ditahan Interpol.
Bulan lepas, mahkamah India mengeluarkan waran tangkap kedua ke atas Zakir berkaitan dengan peranan beliau didakwa dalam kes berkaitan keganasan dan pengubahan wang haram.
Portal itu berkata, Zakir, yang sedang dalam perjalanan melibatkan beberapa negara pada masa itu, tidak membuat keputusan untuk kembali ke India, sebaliknya kekal di Malaysia yang memberi status penduduk tetap 5 tahun yang lalu.
Pendakwah berusia 51 tahun itu meninggalkan India tahun lalu, kononnya untuk mengelak penangkapan selepas beberapa kes serangan keganasan yang Dhaka mendakwa telah diilhamkan oleh Zakir.
Akhbar India melaporkan pihak penguat kuasa negara itu sedang dalam usaha untuk membatalkan pasport dan meminta Interpol mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.
Malah, portal itu menyebut bahawa pejabat pasport Mumbai yang tidak menjangka Arab Saudi akan memberi kewarganegaraan kepada Zakir telah mula mengambil tindakan membatalkan pasportnya manakala mahkamah khas mengeluarkan waran tangkap.
Pada 18 April lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Zakir diberikan status PR di Malaysia.
Beliau yang juga menteri dalam negeri berkata, ia diberikan kira-kira 5 tahun lalu.
Sebelum itu, kerajaan menafikan Zakir diberikan taraf kerakyatan Malaysia, bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada beliau diberikan status penduduk tetap.
Zakir, penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada 2013, kini berdepan siasatan pihak berkuasa India atas dakwaan pengubahan wang dan mempromosikan propaganda pengganas.
Zahid juga ada mengatakan yang kerajaan sedia bekerjasama dengan India dalam siasatan terhadap Zakir menurut peruntukan undang-undang sedia ada. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.