`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Saturday, May 13, 2017

Rakaman CCTV Aksi Rogol Disebarkan Di Facebook, Apa Kata Polis & Mangsa? Ini Wajah-Wajah Penjenayah.

Sejak semalam tular satu rakaman CCTV yang memaparkan satu kejadian samun dan rogol di salah sebuah kedai perjudian. Kejadian dipercayai berlaku di Puchong. 

Seorang pekerja wanita yang bekerja sebagai cashier di premis tersebut telah dirompak dan dirogol secara bergilir-gilir. Rakaman perbuatan rogol itu juga jelas dilihat menerusi CCTV yang disebarkan. Kejadian dilaporkan berlaku pada 11 Mei 2017 pada jam 11 malam.

Menurut admin page, penyebaran video berkenaan adalah untuk menjejaki suspek-suspek yang melakukan perbuatan jenayah tersebut. Walaubagaimanapun terdapat pihak yang menyatakan kekesalan berikutan perkongsian video berkenaan secara terbuka tanpa menutup wajah mangsa. Malahan ada yang mempersoalkan, kenapa perlu kongsikan perlakuan jenayah di laman sosial sedangkan pihak berkenaan boleh sahaja sebarkan muka-muka suspek untuk dijejaki oleh orang awam bagi membantu siasatan.

Ada juga pihak yang mempertikaikan perkongsian tersebut mungkin akan mendorong penjenayah sardistik meniru perbuatan yang serupa.

Bayangkan jika mangsa atau keluarga mangsa, melihat penyebaran tersebut di laman sosial, tidakkah mereka merasa trauma, malu dan seperti diaibkan?

Seseorang yang pernah menjadi mangsa rogol akan melalui proses trauma yang berpanjangan selain dari perubahan sikap kesan dari perlakuan jenayah yang dilakukan ke atas mangsa. Semoga netizens tidak sewenang-wenangnya menyebarkan sesuka hati tanpa memikirkan kesan yang dihadapi oleh mangsa.

Maklumat yang pihak kami terima juga, terdapat netizens yang bergelak tawa dan mempersendakan perlakuan jenayah tersebut. 



Berikut dibawah kami kongsikan wajah-wajah suspek yang dikehendaki. 





                                                                      Suspek kedua


                                                                         Suspek pertama

Untuk rekod, setakat ini video tersebut telah dikongsikan sebanyak 4,149 kali oleh pengguna maya dengan dilihat sebanyak 200,000 lebih kali di laman facebook. - Sozcyili. 

Kemaskini : kesemua suspek telah pun ditahan polis. 

-sozcyili

No comments:

Post a Comment