`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, July 1, 2018

Bank Beku Akaun Yayasan Kesuburan Naungan Tengku Puan Pahang

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkata, pembekuan akaun Yayasan Kesuburan Tunku Azizah hanya diketahui selepas cek mereka dikembalikan HSBC.

(FMT) – Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendakwa akaun sebuah pertubuhan amal yang dinaunginya dibekukan tanpa sebarang makluman. 
Beliau mempertikaikan tindakan Bank HSBC membekukan akaun Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF) selepas mereka tidak mengisytiharkan aset ahli jawatankuasanya.
“HSBC menulis pada Disembar meminta saya untuk mengisytiharkan aset ahli jawatankuasa, yang mana saya lupa untuk balas dan mereka bekukan akaun pada Jun.
“HSBC meminta saya untuk mengisytiharkan ahli jawatankuasa saya punya aset, ia tidak adil,” tulisnya di Twitter hari ini.  
Tunku Azizah berkata, pembekuan akaun itu hanya diketahui selepas cek TAFF dikembalikan HSBC.
“Saya percaya kepada ketelusan dan akauntabiliti, ini tidak adil dan turut tidak dimaklumkan, hanya diketahui selepas cek (atas nama persatuan) dikembalikan semula.
“Ia sangat menyedihkan, terutamanya yayasan kami ini adalah ibarat ikan kecil di lautan. TAFF bergantung sepenuhnya atas jualan buku masakan dan sumbangan.
“Kami tidak ada wang pada saat ini dan tidak mampu menaja rawatan. Anda sangat dialu-alukan untuk memerika akaun yayasan yang sudah diaudit.”
TAFF ialah badan amal yang ditubuhkan pada pada 11 Ogos 2004 di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1996 dan mendapat pengecualian cukai di bawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
TAFF menyediakan bantuan kewangan kepada suami isteri yang kurang berkemampuan dan memerlukan tanpa mengira kaum, agama dan negeri dalam mencari serta mendapatkan rawatan, selain menyediakan perkhidmatan sokongan dan kaunseling.
Tunku Azizah yang merupakan pengasas dan presiden seumur hidup yayasan itu, mempersoalkan alasan dan siapa yang mengarahkan pembekuan akaun TAFF.
“Siapa yang arahkan akaun TAFF dibekukan, saya tidak marah tetapi sekurang-kurangnya maklumkan dan jelaskan kenapa. TAFF tidak ada yang hendak diselindungkan.
“Kami membantu pasangan yang tidak mempunyai cahaya mata untuk merealisasikan impian mereka. Kenapa?”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.