`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, July 25, 2018

Wanita Cuba Bunuh Diri Dakwa Dimarahi Pengetua Sekolah 'Useless Girl'..

Tular satu rakaman video yang mendakwa seorang wanita bersama anak kecilnya mahu membunuh diri di dalam sebuah kereta.



"Subhanallah seorang wanita rakyat Malaysia kita GAGAL memBUNUH DIRI bersama anaknya. Diselamatkan orang ramai yang lalu di situ ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢

Tak pasti di Selangor ke KL,"
 tulis Prinz HiperViral di Facebook pada selasa.



Menurut hasil siasatan awal polis yang tersebar di laman sosial, wanita tersebut didakwa berasa tertekan kerana gagal menghubungi suaminya sejak isnin.


Selain itu, wanita itu juga didakwa berasa tertekan kerana dimarahi oleh Pengetua Sekolah di tempatnya bekerja dan digelar sebagai 'useless girl' kerana meminta tambahan cuti satu hari.

Pasangan tersebut juga menghadapi masalah kewangan berikutan suaminya yang tidak dapat bekerja selepas terlibat dalam kemalangan. 


"Salam Sejahtera Rakan Media.

*Makluman Punca Kejadian Sebenar Yang Viral di Facebook*

Batu Pahat - Pada 24/7/18 jam l/kurang 1400hrs satu "caption" di Facebook telah viral seperti berikut :-
 

Jambatan batu pahat jalan jem..ada orang meninggal dalam kereta katanye. Ada budak-budak lagi kat dalam keta tu. Betul ke??

2. Kejadian sebenar adalah (1) (P) Melayu yg mengalami tekanan perasaan telah memberhentikan m/karnya jenis Proton Saga, no. pendaftaran : JLL *** di laluan motosikal di atas Jambatan Peserai, Batu Pahat, Johor. Akibat tindakan tersebut telah menyebabkan kesesakan lalulintas di atas jambatan.

3.Butiran Magsa

3.1.Nama: Nur Hidayah Binti Mohamed
3.2.Umur : 27 Tahun
3.3.Kerja : Pembantu Makmal SMK ****, Johor.

4.Butiran Suami :-

4.1.Nama : Mohd Amirfitri Bin Mat Sangied
4.2.Umur : 31 Tahun
4.3.Kerja : Tiada

5. Siasatan awal mendapati mangsa menyatakan bahawa beliau mengalami tekanan perasaan disebabkan :-

5.1.Tidak dapat menghubungi suaminya sejak jam 1236 hrs yang mana suaminya telah menutup telefonnya.

5.2. Mengalami tekanan perasaan kerana dimarahi oleh Pengetua Sekolah melalui telefon semasa hendak meminta sambung cuti selama (1) hari. Pengetua telah memarahi suspek dengan perkataan "useless girl"

5.3.Suspek pernah meminta untuk ditukarkan ke sekolah di daerah Batu Pahat kerana kampung suspek dan suami di Batu Pahat tetapi permohonan pertukaran tersebut tidak disokong oleh Pengetua Sekolah.

5.4.Mangsa dan suami mengalami masalah kewangan disebabkan suaminya telah tidak bekerja akibat kemalangan di tempat kerja sejak 7 bulan yang lalu. Suaminya mengalami kecederaan patah tangan akibat terjatuh dari bangunan semasa bekerja sebagai Pemasang Aircond. Sehingga kini tuntutan SOCSO suami belum diperolehi.

5.5.Masalah kewangan yg dialami menyebabkan suspek dihalau oleh pemilik rumah sewa di Johor Bahru kerana gagal membayar tunggakan sewa selama (2) bulan berjumlah RM 1,000/=.

6. Mangsa tidak mengakui ada sebarang niat untuk bunuh diri kerana masih mempunyai (2) orang anak yg masih kecil dan hanya berdiri di atas jambatan akibat buntu dan berharap suaminya datang ke situ.

7.Mangsa dinasihati balik bersama keluarganya terlebih dahulu kerana keadaannya yg masih kurang stabil dan akan dipanggil semula untuk dirakam percakapan.

Pihak polis menasihati orang ramai janganlah viral dan menyebarkan berita palsu bersabit mangsa cuba bunoh diri.

Terima kasih

ACP Abdul Wahib bin Musa,
Ketua Polis Daerah,
Batu Pahat,"
 kata kenyataan yang tular itu.


Sementara itu di media sosial, beberapa netizens dilihat memarahi netizens tertentu kerana memperlekehkan tindakan wanita yang mahu membunuh diri itu.

Kebanyakan netizens beranggapan daripada mengeluarkan komen yang keterlaluan adalah lebih baik mendoakan kesejahteraan wanita tersebut dan membantunya menghadapi masalah tekanan melampau. - SoZPress.
 



-sozcyili

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.